Anzalna Nasir

Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Anzalna Nasir
Remove ads

Nur Anzalna Md Nasir (lahir 9 Januari 1988) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah, Azar Azmi dan Syatilla Melvin. Beliau merupakan kakak kepada pelakon dan model, Mia Nasir, Afifah Nasir.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Remove ads

Kehidupan awal

Anzalna merupakan anak kedua daripada lima beradik yang kesemuanya perempuan, dilahirkan pada 9 Januari 1988 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan memiliki darah kacukan Melayu, Cina ,Pakistan dan Bugis. Bapanya berketurunan Cina manakala ibunya berketurunan Pakistan, Anzalna dibesarkan di beberapa tempat. Beliau bersekolah di Montreal, Kanada dari 1996 hingga 1998 sementara mengikut ayahnya, Dr. Md. Nasir Ibrahim melanjutkan pengajiannnya di McGill University, Kanada. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Coronation Elementary School dan kemudiannya belajar di Sinclair Laird Elementary School dan diikuti oleh Bancroft Elementary School.

Selepas bapanya menamatkan pelajaran, Anzalna kembali ke Malaysia dan bersekolah di SMK Munshi Abdullah dan SMK Khir Johari. Beliau meninggalkan Malaysia pada 2004 untuk mengikut bapanya yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Universiti Tasmania, Australia. Beliau menyambung pelajarannya di Brooks High School, Launceston dan Launceston College di Tasmania untuk mendapatkan Diploma.

Remove ads

Kerjaya

Anzalna membuat penampilan pertamanya sebagai salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, yang turut disertai oleh Neelofa, Izara Aishah, Ramona Zamzam, Syatilla Melvin dan Azar Azmi. Selepas Dewi Remaja tamat, beliau kemudiannya melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2011.

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan teman lamanya yang juga seorang ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 2016.[1] Beliau mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung lelaki selepas tiga tahun berkahwin.[2][3][4]

Dalam tahun 2012, Anzalna dikatakan pernah berkrisis dengan Neelofa, sehingga kedua-duanya tidak bertegur sapa akibat kontroversi yang menyelubungi mereka.[5] Hubungan Anzalna dan Neelofa kembali damai selepas kedua-dua mereka membuat permohonan maaf secara terbuka.[6][7] Beliau bagaimanapun tidak pernah mencemburui Neelofa mahupun Tasha Shilla.[8]

Pada 31 Mei 2019, Anzalna dan suami, Hanif dikurniakan cahaya mata lelaki yang bernama Mohamad Eidress. Beliau dilaporkan berkata bapanya inginkan anak lelaki kerana adik-beradik Anzalna semuanya perempuan.[9][10][11]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Komersial

  • Trenz (Indonesia TV)
  • Celcom
  • Franch Oil
  • Ecpi
  • Safi Balqis
  • Qu Puteh
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads