Dendam Aurora
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dendam Aurora ialah siri drama televisyen 2017 yang bergenre cinta romantik dan pembalasan terbitan Global Station atas arahan Riza Baharudin bersama Feroz Kader.Siri ini diadaptasi dari telenovela Itali iaitu Tuscan Passion (Le tre rose di Eva).Drama ini akan bersiaran mulai 25 Julai 2017 di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD. [1]
Remove ads
Remove ads
Review
Kuala Lumpur, 19 Julai 2017 - Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Astro selaku destinasi utama rantaian drama melayu terhebat masa kini sekaligus terus melakar sejarah yang membanggakan, Astro Prima dengan kerjasama syarikat produksi Global Station Sdn Bhd membawakan sebuah lagi karya adaptasi bersiri yang berkisarkan konflik perebutan kuasa yang didorong dendam dan hasad dengki, pergolakan keluarga serta pengorbanan menerusi drama bersiri ‘Dendam Aurora’.
Drama bersiri ini telah diadaptasi ke format kisah Melayu daripada drama asal ‘Tuscan Passion’ atau lebih dikenali dengan judul ‘Tre Rose Di Eva’ yang mana ia merupakan siri popular tiga musim terbitan Mediaset Distribution yang mendapat sambutan hangat di Itali sekitar tahun 2012 lakonan Anna Safroncik, Luca Ward dan Roberto Farnesi.
Drama bersiri 100 episod yang diarahkan oleh sutradara Feroz Kader dan Riza Baharudin ini bakal menemui para penonton menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 25 Julai 2017 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135) serta turut boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘on demand’ untuk pilihan yang fleksibel.
Mengulas lanjut mengenai drama adaptasi terbaharu taruhan Astro Prima, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, ”Kebelakangan ini drama-drama adaptasi daripada novel popular dan rantaian drama bersiri dari luar negara sering mendapat perhatian lantas mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan peminat drama Melayu di Malaysia.
Walaupun nampak mudah, hakikatnya membikin karya adaptasi sebenarnya agak sukar dan memerlukan ilmu kerana proses adaptasi karya asal untuk menghasilkan karya baharu menuntut interpretasi kreatif bagi mengekalkan semangat dan inti pati asal dengan nilai naratif yang menarik. Justeru, kami menyambut baik cabaran seumpama ini kerana ia mampu memberi persaingan positif untuk menggalakkan pembangunan industri penerbitan drama negara ini.
Melihat kepada potensi ini, Astro mempertaruhkan pula naskah rantaian siri popular Itali ‘Tuscan Passion’ yang diangkat dalam bentuk drama bersiri iaitu ’Dendam Aurora’ istimewa untuk para peminat drama dan siri telenovela.”
Dalam pada itu, Raqim turut mengakui bahawa format sebegini sudah diterima baik oleh masyarakat tempatan berdasarkan kejayaan drama-drama sebelum ini yang turut disuntik dengan formula yang sama seperti drama ‘Lara Aishah’ yang diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular ‘La Loba’ edaran TV Azteca (Mexico) dan ‘Papa Ricky’ daripada siri ‘Papi Ricky’ edaran Canal 13 (Chile).
Beliau turut menjelaskan bahawa pemilihan siri telenovela ‘Tuscan Passion’ untuk diadaptasi adalah berasaskan jalan ceritanya yang tersendiri dan juga merupakan antara karya popular yang berjaya mencuri hati penonton di negara asalnya.
Kisah konflik penuh dendam ini bakal menyaksikan lakonan mantap gandingan Nabila Huda dan Ungku Ismail Aziz selaku teraju utama yang masing-masing memegang watak sebagai Aurora Abdullah dan Harris Hamzah. Turut membintangi drama ini termasuklah Dian P Ramlee (Octavia Milner), Dato’ Eizlan Yusof (Engku Azhar), Anzalna Nasir (Putri Adrina Engku Azhar), Tony Eusoff (Dato’ Hamzah), Fezrul Khan (Hakim Hamzah), Shah Iskandar (Haikal Hamzah), Aedy Ashraff (Hadi Hamzah), Octavia Manrose (Hanna Hamzah), Emilie Haniff (Marzia Abdullah), Mia Nasir (Nissa Abdullah), Zila Bakarin (Lydia), Adam Lee (Rizal), Nikki Palikat (Laura), Dato' Sri Raja Rezza Shah (Firdaus), Marissa Yasmin (Hawa), Alex Yank (Adnan), Chew Kin Wah (Michael), Sharifah Shahora (Angela), Zuraini Kassim (Tuan Bakar), Hafiz Halim (Affendi) dan Yuzz Murai (Razman).
Raqim turut menambah, ”Kesemua barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini sama ada watak besar atau kecil telah memainkan peranan yang cukup bermakna dengan lakonan mantap yang mampu mengagumi khalayak penonton melalui pembawaan watak yang cukup berkesan. Selain olahan plot penceritaan penuh konflik yang mendebarkan, sinematografi drama ’Dendam Aurora’ juga menjanjikan sesuatu paparan yang menarik buat penonton apabila menjadikan Cameron Highlands sebagai lokasi utama penggambaran.
Tambah menarik lagi, penyanyi tersohor Jacklyn Victor dan Siti Nordiana juga bakal berpadu suara buat julung kalinya untuk single terbaharu berjudul Nisan Cinta yang turut diangkat menjadi lagu runut bunyi untuk drama bersiri ini.
Kami berharap gabungan kesemua elemen-elemen ini mampu meletakkan ’Dendam Aurora’ sebagai sebuah drama yang paling ditunggu oleh penggemar dan peminat drama-drama Melayu sekaligus mengumpul kelompok peminatnya yang tersendiri.”
Rantaian drama Dendam Aurora mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (lakonan Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya Octavia Milner (lakonan Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (lakonan Tony Eusoff).
Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (lakonan Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (lakonan Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (lakonan Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.
Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim (lakonan Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.
Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.
Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (lakonan Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.
Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.
Apakah kesudahan kisah Aurora? Sama-sama kita saksikan. Selamat menonton! [Rujukan umum 1]
Remove ads
Plot
Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff). Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia. Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis.
Dengan bantuan dan sokongan Ustaz Hakim Hamzah (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya. Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa. Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora di atas pembunuhan ayahnya. Hasil siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora. Engku Azhar pula gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut. Harris akhirnya mengetahui bahwa pembunuh sebenar ayahnya, Dato Hamzah adalah Putri Adrina, dan apabila terbukti Aurora tidak bersalah, Harris kembali ingin memenangi hati Aurora dan mula mengabaikan Putri Adrina. Manakala Putri Adrina yang semakin tertekan dan mula mendendami Aurora menyebabkan dia mengalami keguguran hingga membuatkan dirinya semakin hilang kewarasan akal fikiran lalu menghilangkan diri. Harris akhirnya mengahwini Aurora dan mempunyai anak bernama Hawa. Aurora menamakan anaknya sempena dengan nama arwah ibunya, Hawa (Marissa Yasmin). Sebelum meninggal, Hawa sempat memberitahu Aurora bahawa dia bukan anak kandungnya. Ini membuatkan Aurora semakin mendesak Octavia untuk menceritakan perkara sebenarnya. Bagaimanapun, Octavia bertegas mengatakan bahawa Aurora adalah cucu kandungnya. Kehadiran Dr. Azzam (Zack Kool) membuatkan Octavia semakin tertekan apabila Dr. Azzam mendesak agar dia pertemukan dengan anak-anaknya, Marzia (Emelie Hanif) dan Nissa (Mia Nasir). Aurora pula merasakan bahawa Dr. Azzam adalah ayah kandung mereka namun belum sempat dia merungkai persoalan itu, Dr. Azzam akhirnya mati dibunuh oleh isterinya, Suriya (Watie Sadali). Hubungan rumah tangga Aurora dan Harris mula dingin apabila Suriya mula mendekati Harris, dan manakala ibu Harris, Datin Lydia (Zila Bakarin) yang sememangnya benci dengan menantunya itu berusaha untuk memisahkan Harris dan Aurora. Akhirnya Harris menceraikan Aurora dan mereka berebut hak penjagaan anak mereka, Hawa. Bagaimanapun dengan bantuan Haikal, Aurora berjaya mendapatkan hak penjagaan tersebut tetapi dengan syarat bahawa dia harus berkahwin dengan Haikal. Octavia yang mengetahui bahawa Aurora bakal berkahwin dengan Haikal mencuba untuk menghalangnya dengan mengugut Lydia jika dia tidak menghentikan perkahwinan tersebut, dia akan membongkarkan kejahatan masa lalu Lydia dan mendedahkan identiti sebenar Aurora. Lydia yang merasa tergugat dengan ugutan itu, dia kemudiannya bertindak membunuh dengan melanggar Octavia. Kematian Octavia memberikan tamparan hebat kepada Aurora, Marzia dan Nissa. Mereka bertekad untuk mencari siapa pembunuh sebenar nenek mereka, namun Lydia bijak menghapuskan segala bukti yang ada dan berpura-pura kononnya dia tiada kaitan dengan kematian Octavia. Kecewa tidak dapat membela kematian neneknya, Aurora mula mencari identiti sebenar dirinya. Hasil siasatannya, dia menemukan nama seorang perempuan iaitu Rossa Rodgers (Nelissa Adreena). Aurora menyelinap masuk ke dalam rumah Suriya untuk mencari diari kepunyaan Rossa Rodgers yang disimpan oleh ibu angkat Suriya, Rohani (Ku Faridah). Setelah menemukan diari tersebut, Aurora akhirnya mengetahui bahawa Rossa Rodgers adalah ibu kandungnya yang telah lama meninggal dunia. Pada mulanya Aurora menyangka Engku Azhar adalah pembunuh ibu kandungnya, namun Engku Azhar menjelaskan bahawa dia adalah bekas suami Rossa Rodgers dan Rohani mengaku bahawa dialah yang membunuh ibu kandung Aurora. Akhirnya Aurora mengetahui bahawa Engku Azhar adalah ayah kandungnya. Konflik keluarga Dato Hamzah semakin memburuk apabila Harris dan Haikal bertengkar dan Harris meninggalkan rumahnya. Lydia yang semakin tertekan dengan keadaan itu, dia kemudiannya menyalahkan Aurora adalah penyebab keluarganya berpecah belah dan ingin membalas dendam. Lydia bersubahat dengan Suriya lalu mengupah samseng-samseng untuk menculik dan membunuh Aurora. Hasil daripada rancangan mereka itu, Aurora berjaya diculik dan Haikal menghilangkan diri. Akhirnya Haikal ditemui dalam keadaan trauma dan hilang ingatan. Kehilangan Aurora membuatkan Engku Azhar berasa gelisah dan terdesak mencari dalang sebenar disebalik penculikan Aurora. Engku Azhar berasa curiga bahawa ini semua rancangan Lydia dan Suriya. Akhirnya Harris berjaya menemukan Aurora di dalam bangunan lama projek milik Engku Azhar. Setelah kembali pulih, Aurora nekad ingin mencari siapa yang menyelamatkan dirinya ketika penculikan itu berlaku. Haikal juga semakin pulih ingatannya dan akhirnya Haikal menceraikan Aurora. Selepas penceraian Haikal dan Aurora, Harris kembali rujuk dengan Aurora lalu mengahwininya semula. Aurora akhirnya berjaya menemui Daniel, orang yang menyelamatkannya sewaktu dia masih dalam penculikan tersebut. Daniel merupakan anak yatim yang mempunyai masalah mental namun disebabkan Daniel juga merupakan salah seorang waris keluarga Rodgers, membuatkan Aurora mengambilnya sebagai anak angkat. Putri Adrina kemudian bersubahat dengan Suriya untuk membuatkan Aurora menjadi tidak waras. Suriya yang inginkan semula rumah dan harta keluarga Rodgers itu kemudian mengupah Dr. Munir (Rashdan Baba) untuk memberikan Aurora sejenis dadah yang membolehkan Aurora menjadi tidak waras. Akibatnya, emosi Aurora menjadi tidak stabil dan sering berhalusinasi yang dia selalu bercakap dengan arwah ibunya. Selain Aurora, Dr. Munir juga mencuba untuk membuatkan Haikal tidak mengingati masa lalunya dan membuatkan Haikal juga menjadi tidak waras dengan arahan Feroz. Suriya dan Dr. Munir berjaya memperdaya Aurora untuk menandatangani surat pemindahan harta dan mengambil Daniel daripada Aurora kepada Suriya. Aurora yang kemudiannya sedar bahawa dia telah ditipu Dr. Munir dan Suriya mencuba untuk menyelamatkan Daniel daripada diculik Suriya namun kejadian itu berakhir dengan Aurora dilanggar Suriya. Harris yang melihat kejadian itu segera membawa Aurora ke hospital dan menyebabkan Aurora koma. Manakala Suriya dan Dr. Munir kemudian diberkas polis. Putri Adrina pula akhirnya insaf dan sedar kesilapannya selama ini lalu menyerah diri kepada pihak polis. Setelah Aurora sedar daripada koma, Aurora kemudian memujuk Engku Azhar untuk menyerah diri kepada pihak polis setelah dia mengetahui bahawa Engku Azhar telah membunuh Lydia, Adnan dan Feroz. Demi kasihnya terhadap Aurora, Engku Azhar akhirnya turut menyerah diri kepada pihak polis. Marzia yang selama ini berdendam dengan Harris kemudian meminta maaf dengan Harris dan Aurora.
Remove ads
Pelakon
Watak utama
- Nabila Huda sebagai Aurora Abdullah / Aurora Rodgers
- Ungku Ismail Aziz sebagai Harris Hamzah
- Anzalna Nasir sebagai Putri Adrina
- Shah Iskandar sebagai Haikal Hamzah
Watak pembantu
- Mia Nasir sebagai Nissa
- Zila Bakarin sebagai Datin Lydia
- Eizlan Yusof sebagai Engku Azhar
- Dian P. Ramlee sebagai Octavia Milner
- Emelie Hanif sebagai Marzia
- Oktovia Manrose sebagai Hanna Hamzah
- Nikki Palikat sebagai Laura
- Shah Rezza sebagai Feroz
- Watie Sadali sebagai Suriya
- Ku Faridah sebagai Rohani
- Hafiz Halim sebagai Affendi
- Aedy Ashraf sebagai Hadi Hamzah
- Fezrul Khan sebagai Ustaz Hakim Hamzah
- Adam Lee sebagai Reza
- Nadia Brian sebagai Dr. Kamelia
- Zeika Khamis sebagai Aminah
- Sharifah Shahora sebagai Angela
- Marissa Yasmin sebagai Hawa
- Zack Kool sebagai Dr. Azzam
- Chew Kin Wah sebagai Michael
- Tony Eusoff sebagai Dato' Hamzah
- Kay Khydir sebagai Philip
- Farez Ridzwan sebagai Faris
- A. Galak sebagai Din Brinchang
- Rashdan Baba sebagai Dr. Munir
- K.S. Maniam sebagai Marimuthu
- Shashi Tharan sebagai Menon
- Kaameshaa Ravindran sebagai Kaameshaa
- Ruby Ooi sebagai Sonia
- Daniel Lim sebagai Andy
- Meor Mohd sebagai Redzwan
- Alex Yanz sebagai Adnan
- Zuraini Kassim sebagai Ustaz Bakar
- Azliyuszaini Mohd Noor sebagai Inspektor Razman
- Hadi Nawawi sebagai Ivan
- Kamal Ibrahim sebagai Alias
- Elya Miera sebagai Sofia
- Nelissa Nizam sebagai Rossa
Watak undangan
- Jay Iswazir sebagai Hussin
- Nelissa Adreena sebagai Rossa Rodgers
- Hani Hushanti sebagai Nadia
- Nora Ahmad sebagai Alissa
- Geoff Andre Feyaerts sebagai Leonardo Rodgers
- Allana Amir sebagai Ariana Rodgers
Episod
Remove ads
Watak dan Perwatakan
Remove ads
Lagu tema
- Nisan Cinta, Jaclyn Victor dan Siti Nordiana
- Along - Menolak Hatiku
- Black - Takkan Terpisah
- Hazama Azmi - Sampai Mati
- Profile Band - Rindu Yang Terluka
- Putera Band - Rebahku Tanpamu
- Hael Husaini - Jampi
- Shaa - Pertama Kali
- Akim - Mewangi
- Wany Hasrita - Menahan Rindu
- Shamim - Mana Tahu Siapa Tahu
- Syamel - Lebih Sempuma
- Aiman - Bunga Dhia
- Akim & The Majistret - Potret
- Ewal - Seluruh Hidup
- Hyper Act - Hanya Aku
- Najwa Latif - Kamu
- Khai Bahar-luluh
Remove ads
Lihat juga
Drama Dendam Aurora merupakan drama 100 episod adaptasi drama popular Itali "Le Tre Rose di Eva", luas dikenali dengan nama "Tuscan Passion".
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads