Astana Cinta Aleesa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Astana Cinta Aleesa
Remove ads

Astana Cinta Aleesa merupakan siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Eoon Shuhaini yang mengisi slot Ratu TV9 dari 26 Ogos 2014 sehingga 8 Oktober 2014. Drama ini berkisarkan mengenai cabaran Aleesa dalam menangani kerjaya dan keluarga. Ia dibintangi oleh Emma Maembong dan Nazim Othman. Astana Cinta Aleesa merupakan satu kejayaan komersial apabila meraih jumlah tontonan tertinggi, iaitu sebanyak 1.5 juta penonton.[1][2][3]

Fakta Segera Genre, Ditulis oleh ...

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3 dan Aplikasi Tonton.[1]

Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan ujian yang menimpa pasangan suami isteri iaitu Aleesa (Emma Maembong) dan Zhariff (Nazim Othman). Aleesa merupakan seorang isteri yang ceria dan amat dikasihi oleh suaminya Zhariff. Namun hubungan mereka teruji apabila Aleesa tidak dapat menerima kenyataan anak keduanya telah meninggal dunia.

Aleesa begitu tertekan. Tambahan lagi tekanan yang diberikan oleh ibu mertuanya, menuduh Aleesa seorang pembunuh. Pembunuh kepada cucunya yang baru lahir. Semenjak kematian cucunya, ibu mertua Aleesa begitu membencinya.

Aleesa begitu bersedih, gagal menangani berita pahit yang diterimanya. Aleesa merasakan anak keduanya masih hidup. Malah sering bercakap keseorangan dengan anak patung, seolah-olah patung tersebut merupakan bayinya. Kesedihan yang ditanggung Aleesa kian mendalam, pernah suatu ketika Aleesa ingin membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas. Mujur Zhariff menyelamatkannya dan berjaya menghalang Aleesa dari terjun.

Dek masalah yang dihadapi di rumah, Zhariff terpaksa menyerahkan tugas kepada rakan sekerjanya iaitu Jimmy. Jimmy bukanlah orang yang tepat mengambil alih tugas Zhariff. Ini kerana Jimmy mempunyai niat tidak baik terhadap Zhariff.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Thumb
Emma Maembong melakonkan watak Aleesa dalam drama ini.

Pelakon pembantu

Penampilan khas

Remove ads

Muzik dan runut bunyi

  • "Pemilik Segalanya" - Dinie Rashid
  • "Keampunan" - Zin Ezuan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads