Bil Azali

Pelakon dan model Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mohamad Nabil Azali (Jawi : بيل ازلي ; lahir 11 November 1992) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Pilih Kasih musim 2.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...

Kehidupan peribadi

Bil Azali dilahirkan di Depok, Pahang. Namanya menjadi bualan media sekitar awal September 2015 berikutan tindakannya menumbuk abang iparnya, penyanyi Asfan Shah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ketika Asfan sedang menunggu isterinya pulang dari Perancis.[1]

Kerjaya

Bakat Bil Azali mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua. Pada 2012, beliau berlakon di samping Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam drama Cinta Jangan Pergi; beliau memegang watak Jaydee. Bil mempunyai peranan pembantu dalam drama Astana Cinta Aleesa yang dibintangi oleh Emma Maembong dan Nazim Othman. Bil membuat penampilan filem pertama menerusi filem seram Apartment arahan Pierre Andre yang ditayangkan pada 2015.

Bermula 12 November 2015 hingga 19 Januari 2016, Beliau muncul bersama Ezzaty Abdullah, Redza Rosli dan Azira Shafinaz dalam siri drama Stella yang bersiaran di TV9. Bil memegang watak sebagai Zaidi dalam drama adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku yang mencipta fenomena luar biasa di televisyen. Beliau berlakon bersama Ajak Shiro dalam filem aksi komedi Rempit Sampai Langit arahan Silver Chung yang ditayangkan pada 23 November 2017.[2]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads