Azlan Man
Menteri Besar Perlis From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dato' Seri Azlan bin Man (lahir 2 September 1958)[1] ialah Menteri Besar Perlis ke-9 dari 2013 hingga 2022. Dalam pilihan raya umum Malaysia 2018 beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis Bintong. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Remove ads
Kerjaya
Berkelulusan Sarjana Ekonomi Antarabangsa dari Universiti Denver, A.S., Azlan memulakan tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1983. Beliau pernah menjadi Konsul Malaysia di Toronto, Kanada pada 1985 dan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Luar pada 1992. Beliau juga pernah menjadi Kaunselor Misi Tetap Malaysia ke PBB di Amerika Syarikat pada 1999.
Pada 2003, Azlan kembali ke Malaysia dan menjadi setiausaha bahagian Afrika dan Sahara Selatan di Kementerian Luar dan pada 2011 memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam sehingga bersara untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.[2]
Remove ads
Anugerah
Pada 17 Mei 2014, Menteri Besar Azlan Man mengetuai senarai 243 orang yang menerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-71 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Syed Putra Jamalullail, di Istana Arau. Beliau dianugerahi 'Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis' (SPMP) yang membawa gelaran 'Dato' Seri'.[3][4]
Politik
Beliau menjadi calon buat kali pertama dalam pilihan raya umum Malaysia 2013. Bertanding kerusi N11 Pauh, beliau berjaya menewaskan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis Idris Yaacob dengan majoriti 1,382 undi.[2]
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads