The Gadys

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

The Gadys ialah sebuah kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2021, dianggotai oleh dua ahli asal, Ayunie Rizal dan Aznie Azmi serta ahli baru, Thamiera Chan dan Qistina Raisah. Bekas ahli kumpulan ini terdiri daripada Nelissa Nizam dan Faa Zaini.[1][2] Kumpulan ini menikmati kejayaan komersial menerusi single sulung mereka, "Gadys Raya", yang merupakan single Raya pertama mereka.[3][4]

Fakta Segera Asal, Genre ...
Remove ads

Sejarah

Keempat-empat ahli kumpulan The Gadys ialah rakan dan kenalan dalam industri seni dan sama-sama menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Hubungan mereka mula akrab selepas mengambil bahagian dalam pertandingan The Next My Star pada tahun 2020,[5] sekaligus membawa kepada penubuhan The Gadys setahun kemudian.[3]

Kumpulan ini menandatangani kontrak rakaman bersama Valient Music dan Universal Music Malaysia dan muncul bersama single sulung mereka, "Gadys Raya" ciptaan Romeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim.[3] Dikeluarkan pada 8 April 2022 sebagai single pra-penampilan mereka, lagu ini berkisarkan pengalaman ahli The Gadys sendiri yang tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan lebaran akibat pandemik COVID-19.[6]

Pada 9 September 2022, The Gadys muncul dengan single "Gelek Jambu" yang menggabungkan genre reggaeton, rock dan tradisional.[7][8] Mereka kemudian merakamkan semula lagu "Gadis dan Bunga" nyanyian asal Rahimah Rahim, yang dikeluarkan pada Mac 2023. Ini merupakan muzik video pertama The Gadys sebagai trio selepas pengunduran seketika salah seorang ahlinya, Faa Zaini pada November 2022 akibat masalah kesihatan.[9]

Pada tahun 2023, The Gadys mengumumkan pengunduran dua ahli asalnya, Nelissa dan Faa sekaligus meninggalkan Aznie dan Ayuni sebagai ahli asal dan mengambil ahli baru, Thamiera Chan yang merupakan anak saudara penyanyi, Stacy Anam. Pada masa yang sama, kumpulan ini muncul dengan single baru, "Gagal Cinta" yang merupakan rakaman rasmi pertama The Gadys tanpa Nelissa dan yang kedua tanpa Faa serta yang pertama bersama Thamiera sebagai ahli baru.[10]

Remove ads

Ahli kumpulan

Ahli terkini

Bekas ahli

Garis masa

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads