Qistina Raisah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri (lahir 1 Disember 2008)[1] merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Alisya di dalam drama Papa Ricky dan sebagai Tengku Aqilah kecil dalam Lafazkan Kalimah Cintamu.[2][3]
Remove ads
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2012, pada usia 4 tahun.[3] Nur Qistina mula dikenali umum selepas membintangi drama Papa Ricky lakonan Fadlan Hazim dan Siti Elizad, Qistina memegang watak sebagai Alisya.
Nur Qistina membuat penampilan sulungnya dalam filem cereka selepas menerima tawaran Hashim Rejab bagi membintangi filem seram Kelibat terbitan Metrowealth Pictures. Beliau memegang watak sebagai Tengku Aqilah kecil dalam drama adaptasi novel, Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Farid Kamil, Nelydia Senrose dan Nadiyah Shahab.[4]
Beliau berlakon bersama Nur Risteena dan Aiman Hakim Ridza dalam drama Demi Cinta Ain, menjayakan watak Hanis.
Beliau muncul bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam menerusi telefilem Baby Bro! arahan Ghaz Abu Bakar. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[5][6][7]
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Telefilem
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads