Azrinaz Mazhar Hakim

Bekas Isteri Sultan Brunei From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar (lahir 23 September 1979) merupakan bekas personaliti media dan jurnalis yang pernah berkhidmat sebagai wartawan untuk stesen penyiaran televisyen swasta pertama Malaysia di TV3. Beliau adalah bekas isteri ke-3 kepada Sultan Brunei ke-29 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, dengan terasul "Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar."

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Remove ads

Pendidikan dan kerjaya

Azrinaz Mazhar, atau mesra dengan panggilan Naz, merupakan jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999.[1] Beliau muncul dalam Buletin Pagi TV3 , Berita Terkini dan Buletin 1.30.

Beliau terpilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM 2002. Beliau keluar dari TV3 pada Mei 2005.[2]

Remove ads

Keluarga

Azrinaz Mazhar dilahirkan pada 23 September 1979 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan Hakim Mazhar bin Mohammad Johar dan ibunya Fauziah binti Abdullah Mansoor.

Azrinaz berkahwin dengan suaminya ketika itu, Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei, pada 20 Ogos 2005 di Kuala Lumpur . Dengan perkahwinan tersebut, beliau dianugerahkan gelaran, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar. [3] Mereka mempunyai dua anak iaitu :

Madu Azrinaz pada ketika itu ialah isteri pertama sultan, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Pada 16 Jun 2010, Sultan Hassanal Bolkiah (63) menceraikan isteri keduanya Azrinaz Mazhar Hakim (31) dengan talak satu. Berita itu disahkan melalui Radio Televisyen Brunei dan laman web [2]. Gelaran diraja Brunei 'Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri' dan Gelaran 'Bintang Kebesaran dan Pingat' ditarik balik, tetapi anak-anak beliau bersama Sultan Hassanal Bolkiah, mengekalkan geleran mereka.[1] Kekayaan Sultan Brunei ditafsir sekitar AS$20 bilion (RM65.25 bilion).[4]

Azrinaz berkahwin kali kedua pada 1 Mei, 2018, dengan Fairos Khan Abdul Hamid.[3] Nikah mereka berlangsung di rumah Azrinaz dan dihadiri oleh ahli keluarga dan kawan-kawan pasangan. Mereka mempunyai dua anak perempuan, Areesya Malaykha (dilahir 15 September, 2019) dan Atheera Medinah (dilahir 26 Mac 2021).

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads