BBK Electronics
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
BBK Electronics Corporation (Cina: 广东步步高电子工业有限公司) ialah sebuah syarikat multinasional China yang mengkhusus dalam bidang elektronik seperti set televisyen, pemain MP3, kamera digital dan telefon bimbit. Ia memasarkan telefon pintar di bawah jenama OPPO[1] dan Vivo,[2] dan pemain Blu-ray, fon kepala dan penguat fon kepala di bawah bahagian OPPO Digital.[3][4] Ibu pejabat dan basis produksi BBK Electronics terletak di Chang'an, Dongguan.[5] Ahli terakhir kumpulan BBK Electronics adalah "imoo".[6][7]
Alamat korporat ialah 23 Bubugao Avenue, Kampung Wusha, Chang'an Dist, Dongguan, 523860 China.[8] Ia merupakan pembayar cukai tertinggi di Chang'an.[9]
Pada suku pertama 2017, BBK Electronics menghantar 56.7 juta telefon pintar, melepasi kedua-dua Huawei dan Apple untuk menjadi pengeluar telefon pintar ke-2 terbesar di dunia, di belakang Samsung.[10]
Pada September 2017, BBK menggulingkan Samsung untuk menjadi penjual telefon pintar terbesar di India.[11]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads