Batik
sejenis kain bercorak yang merupakan tradisi masyarakat nusantara From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Batik ialah jenis kain yang lazim yang berasal daripada Jawa, dicorakkan dengan bahan lilin melalui pelbagai kaedah, antaranya termasuk kaedah tulis, skrin, celup, dan terap.[1][2][3] Di Kepulauan Indonesia, semua bahan untuk proses itu sedia ada – kapas dan lilin lebah serta tumbuhan yang menghasilkan pewarna sayuran yang berbeza.[4]
Seni ini mula-mula dikembangkan oleh masyarakat pulau Jawa yang menyebar ke pulau-pulau serantau. Sejak dipisahkan oleh pengasas negara Tun Abdul Rahman dan Soekarno, kedua-dua negara-negara moden sinambungan Indonesia dan Malaysia meneruskan seni batik yang sedia ada berdasarkan unsur masyarakat tersendiri.[5]
Awalnya kedua-dua negara ini ingin disatukan kembali selepas London Agreement[6] menjadi satu negara bernama Maphilindo[7]. Tetapi pengasas negara khususnya Tun Abdurahman lebih mengutamakan kemerdekaan dengan bantuan British dan menjadi negara Komanwel.
Namun begitu, batik di Malaysia masih dipengaruhi oleh batik Jawa, khususnya batik Encim Pekalongan (batik Peranakan Jawa-Cina)[8] dan batik Lasem[9]. Ini terbukti dalam struktur batik Malaysia, yang menggunakan struktur batik Encim (Klowongan, Isen, dan Tanahan)[10][11], melambangkan falsafah Jawa mikrokosmos dan makrokosmos, dengan motif yang dipengaruhi budaya Cina. Batik Trengganu banyak dipengaruhi oleh batik Lasem, terserlah pada corak, motif, dan juga warna.[12]
Sesetengah saintis seperti G. P. Rouffaer dan Juynboll mencadangkan bahawa Batik mungkin atau boleh jadi berdasarkan teknik yang diperkenalkan pada abad ke-6 atau ke-7 dari India atau Sri Lanka.[13][14] Sesetengah sarjana bagaimanapun membantah bahawa persamaan corak tidak semata-mata buat kesimpulan bagi batik kerana ia boleh jadi dibuat dengan beberapa teknik yang tidak berkaitan.[15] Pada masa ini, terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan di samping itu.
Keseluruhan teknik, teknologi, dan perkembangan motif dan budaya batik di negara Indonesia termasuk industri tempatan telah ditetapkan pihak UNESCO sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara sejak 2 Oktober 2009.[16]
Remove ads
Etimologi
Perkataan bahasa Inggeris batik dipinjam daripada bahasa Jawa bathik (tulisan Jawa: ꦧꦛꦶꦏ꧀, Pegon: باتيق).[17][18] Robert Blust menelusuri perkataan Jawa tersebut sebagai refleks kepada Proto-Austronesia *batik dan gandaan *beCik yang merujuk secara umum kepada hiasan dan corak.[19][20] Sumber-sumber Belanda dari era kolonial merekodkan perkataan itu dalam pelbagai ejaan, antaranya mbatik, mbatek, batik, dan batek.[21][22]
Remove ads
Pembudayaan

Di Indonesia
Batik meluas di Indonesia. Batik tulis mempunyai dimensi budaya yang mengandungi dan beragam.[23] Ramai pereka muda memulakan kerjaya mereka dalam bidang fesyen dengan menjadikan batik sebagai sumber inspirasi. Kreativiti mereka telah melahirkan busana batik moden.[24]
Indonesia meraikan Hari Batik Nasional pada 2 Oktober setiap tahun sejak 2009 selepas batik mendapat pengikitrafan daripada UNESCO.[25]
Di Malaysia
Mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai baju batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada hari Sabtu sahaja. Hari pemakaian baju batik ini kemudiannya diubah kepada 1 hari bulan dan 15 hari bulan. Akan tetapi, orang ramai mudah lupa menyebabkan pengembalian semula kepada sistem lama berdasarkan hari.[26]
Malaysia meraikan Hari Batik Malaysia pada 3 Disember setiap tahun sejak 2021 sebagai penghargaan atas inisiatif yang dilakukan Datin Paduka Seri Endon Mahmood yang melancarkan gerakan Batik Malaysia: Dibuat Untuk Dunia pada 3 Disember 2003 untuk membawa batik Malaysia ke arena antarabangsa.[27]
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
