Billy Zulkarnain

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Billy Zulkarnain merupakan sebuah duo muzik pop Malaysia, terdiri daripada dua bekas ahli kumpulan Phyne Ballerz, iaitu Sheikh Ahmad Rabily Sheikh Abdul Rahman (Billy) dan Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri (Nine). Duo ini meraih kejayaan dalam tempoh singkat, terkenal dengan single popular seperti "Hati Terluka" dan "Talian Terputus".[1][2][3] Pada tahun 2018, mereka merupakan salah satu daripada peserta Gegar Vaganza musim kelima.

Fakta Segera Juga dikenali sebagai, Asal ...
Remove ads

Sejarah

Berikutan pembubaran kumpulan Phyne Ballerz pada lewat 2005, dua daripada empat ahlinya, Billy dan Nine menubuhkan kumpulan baru yang mengambil nama mereka sebagai nama kumpulan, iaitu Billy Zulkarnain sebagai pecahan kepada Phyne Ballerz.[4] Album studio pertama senama mereka telah dikeluarkan di bawah KRU Records, 3 lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single, iaitu "Hati Terluka", "Talian Terputus" dan "Kembali Lagi". Ekoran faktor pasaran muzik pada masa itu, Billy Zulkarnain hanya bertahan selama setahun, sejak itu Billy dan Nine memberi tumpuan kepada kerjaya masing-masing.[5] Pada tahun 2018, selepas lebih 12 tahun menyepi, Billy Zulkarnain membuat kemunculan semula dalam rancangan Gegar Vaganza musim kelima.

Gegar Vaganza 2018

Billy Zulkarnain merupakan salah satu daripada 3 kumpulan yang bertanding sebagai peserta Gegar Vaganza musim kelima pada 2018. Mereka telah memenangi tempat kelima sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000. Berikut ialah senarai persembahan duo ini:

Maklumat lanjut Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 5), Konsert ...
Remove ads

Diskografi

Album studio

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Single

Maklumat lanjut Tahun, Judul Lagu ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads