Altimet

Penyanyi, penggubah lagu, pelakon dan ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Altimet
Remove ads

Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Hadad atau lebih dikenali sebagai Altimet lahir 27 November 1978)[2] merupakan seorang ahli politik, komposer, penulis lirik, pelakon dan bekas penyanyi yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Lembah Jaya sejak Ogos 2023.[3] Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH). Beliau juga merupakan bekas anggota kumpulan Teh Tarik Crew yang aktif antara tahun 1999 hingga 2007.[4]

Fakta Segera Yang Berhormat Tuan, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Lembah Jaya ...
Fakta Segera Maklumat latar belakang, Nama lahir ...
Remove ads

Kehidupan awal

Altimet dilahirkan pada 27 November 1978 di Petaling Jaya, Selangor kepada pasangan Syed Abdul Rahman bin Syed Ali Alhadad dan Sharifah Jamalah binti Syed Agil Alsagoff. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya dan Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam serta melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Lelaki Bukit Bintang dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar, Johor. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Universiti Perubatan Antarabangsa di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Altimet mula didedahkan kepada muzik hip hop sejak usia 11 tahun dan menyatakan bahawa lagu "Bring the Noise" telah mencetuskan minatnya terhadap muzik hip hop.[5]

Remove ads

Kerjaya

Muzik

Thumb
Altimet (tiga dari kanan) ketika bersama Teh Tarik Crew pada awal kemunculannya.

Altimet memulakan kerjaya muziknya dengan menyertai kumpulan hip hop Teh Tarik Crew yang ditubuhkan pada tahun 1999. Kumpulan tersebut turut dianggotai oleh Mizz Nina, DJ Fuzz dan Fiquetional.[6][7] Bersama Teh Tarik Crew, Altimet telah menghasilkan tiga album iaitu Are We Rap Stars Now (1999), How's The Level? (2002) dan What's Next? (2004). Selepas kumpulan itu dibubarkan pada tahun 2007, beliau memulakan kerjaya sebagai artis solo.[7]

Pada November 2013, Altimet berkolaborasi dengan penyanyi dari Singapura, Awi Rafael menerusi lagu "Kalau Aku Kaya".[8]

Pada tahun 2016, Altimet melancarkan single "Memang Mudah" yang merupakan hasil kerjasama bersama Sasi The Don dan Maya Hanum. Lagu ini diterbitkan sempena ulang tahun ke-9 Mudah.my.[9]

Beliau memenangi trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu "Amboi" pada edisi ke-32 Anugerah Juara Lagu (AJL) yang berlangsung pada 11 Februari 2018.[10]

Altimet menamatkan kerjaya nyanyiannya pada ulang tahun kelahirannya yang ke-40 iaitu pada 27 November 2018. Walau bagaimanapun, beliau kekal dalam industri muzik sebagai penulis lirik.[11] Persembahan pentas terakhirnya adalah menerusi konsert The Last Altimet Show yang berlangsung pada 16 Februari 2019.[12]

Perniagaan

Altimet telah mengasaskan jenama pakaian berkonsep Islamik untuk lelaki dan kanak-kanak bernama Benua Clothing bersama rakan rapatnya, Mohd Nizar Manaf. Jenama ini mula beroperasi pada awal Mei 2014.[13] Selain itu, beliau juga menguruskan salah satu cawangan Joe's Barbershop, rangkaian kedai gunting rambut yang diasaskan oleh Joe Flizzow.[11]

Pada tahun 2018, beliau turut mengumumkan rancangan untuk menubuhkan francais kedai gunting rambut serta melabur dalam sebuah syarikat piza dan aplikasi pembelajaran Al-Quran, Recite.[12]

Pada tahun 2020, Altimet dan pengurusnya, Yasmeen Zainal, telah bekerjasama untuk melancarkan SVLTAN Management, sebuah syarikat pengurusan artis.

Penampilan lain

Altimet merupakan salah seorang daripada 120 selebriti tempatan yang menyumbang kepada inisiatif muzik Pete Teo pada tahun 2008, Malaysian Artistes For Unity, yang bertujuan memupuk semangat pelbagai budaya dan Bangsa Malaysia melalui lagu dan video. Antara selebriti lain yang terlibat termasuk Afdlin Shauki, Awie, Ning Baizura, Jason Lo, Sharifah Amani, Adibah Noor dan Maya Karin.[14]

Pada tahun 2016, beliau telah dilantik sebagai salah seorang duta untuk inisiatif 1Malaysia for Youth (iM4U).[15] Altimet membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem Rentap sebagai penampilan khas dan kemudiannya menjadi pelakon utama dalam drama PU Wid yang ditayangkan di Astro Oasis dan Astro Maya HD.[6]

Pada tahun 2017, beliau memegang watak sebagai Sarjan Ahmad dalam pementasan teater Ola Bola The Musical.[16]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Altimet telah berkahwin sejak tahun 2004 dan mempunyai tiga orang anak.[17] Beliau mendedahkan mengenai perkahwinannya semasa konsert perpisahannya, The Last Altimet Show.[18]

Altimet menceburi bidang politik secara rasmi dengan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada April 2021. Tujuan utama penyertaannya termasuk membantu merealisasikan impiannya untuk melihat Presiden PKR, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia serta memperkukuh penglibatan seni dalam landskap politik negara.[19][20]

Diskografi

Album Studio

Perfileman

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Video Muzik

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Konsert

Anugerah dan Dicalonkan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads