CH-47 Chinook

From Wikipedia, the free encyclopedia

CH-47 Chinook
Remove ads

Helikopter CH-47 Chinook adalah sejenis helikopter ketenteraan pengangkut berat berenjin kembar, rotor tandem. Kelajuan maksimum mampu mencecah 315 km/j. Dalam tahun 1966, Tentera Darat Amerika Syarikat diarahkan menyerahkan kesemua pesawat pengangkut C-7 Caribou kepada Tentera Udara Amerika Syarikat. Dengan penyerahan ini, Tentera Darat kehilangan keupayaan pengangkutan taktikal. Helikopter pengangkut CH-47 Chinook diperkenalkan dalam tahun 1966 dan membawa dimensi baru ke medan tempur. Dengan menggunakan helikopter ini, peralatan berat boleh dibawa di serata pelosok medan tempur. Dengan keupayaan angkat sehingga 10 tan, peralatan seperti meriam medan dan lain-lain peralatan berat (jentolak dsbg) boleh dipindahkan dengan cepat dan ditempatkan di tempat ia diperlukan. Dan ini dapat dilakukan tanpa memerlukan landasan kapal terbang yang khusus.

Fakta Segera Penerangan, Jenis ...
Thumb
Helikopter CH-47 Chinook menunjukkan keupayaan mengangkat muatan berat di Vietnam

Sejak itu, helikopter CH-47 Chinook menjadi keperluan penting Tentera Darat. Helikopter ini boleh memuatkan sehingga 33 orang anggota tentera berbanding 8 hingga 10 orang yang boleh diisi dalam helikopter UH-1 Huey. Helikopter CH-47 Chinook boleh dipasangkan dengan 3 mesingan M60 untuk memberikan kebolehan memberikan tembakan bantuan kepada askar-askar yang mendarat. CH-47 Chinook menjadi pengangkut berat standard Divisyen Pertama Kavalri Udara.

Remove ads

HH-47 Mencari dan Menyelamat Tempur (CSAR-X)

Pada 9 November 2006 Tentera Udara Amerika Syarikat mengumumkan bahawa cadangan Boeing untuk membina helikopter HH-47 telah dipilih untuk memenuhi keperluan Mencari Dan Menyelamat Tempur (Combat Search and Rescue CSAR-X) perkhidmatan tersebut. Program CSAR ini melibatkan pembekalan 141 buah helikopter dengan 4 buah prototaip. Pengeluaran akan dipusatkan di Ridley Park, Pennsylvania yang juga menguruskan program MH-47G Pasukan Khas dan program CH-47F Chinook.

Remove ads

Pengguna

Thumb
Sebuah CH-47 mengangkut sebuah pesawat F-15 ke pusat latihan di Pangkalan Tentera Udara Creech
Thumb
Helikopter Chinook milik Tentera Udara India

Bekas pengguna

Remove ads

Spesifikasi (CH-47F)

Thumb
Unjuran Boeing Vertol CH-47 Chinook.
Thumb
Enjin turbin aci pada belakang sebuah CH-47
Thumb
Pemasangan mesingan M240 di bahagian tanjakan muatan, sementara sebuah M240 lagi dipasang pada tingkap di bahu kanan

Data dari Boeing CH-47D/F,[4] Army Chinook file,[5] International Directory[6]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 3 (juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan atau loadmaster)
  • Kapasiti:
    • 33–55 anggota atau
    • 24 pengusung dan 3 pembantuatau
    • 24,000 lb (10,886 kg) muatan
  • Panjang: 98 ka (30 m) [7]
  • Panjang fiuslaj: 52 ka (16 m)
  • Lebar: 12 ka 5 in (3.78 m) (fiuslaj)[7]
  • Tinggi: 18 ka 11 in (5.77 m)
  • Berat kosong: 24,578 lb (11,148 kg)
  • Berat berlepas maks: 50,000 lb (22,680 kg)
  • Janakuasa: 2 × Lycoming T55-GA-714A Enjin turbin aci, 4,733 shp (3,529 kW) setiap enjin
  • Diameter rotor utama: 2× 60 ka (18 m)
  • Luas rotor utama: 5,600 ka2 (520 m2)
  • Seksyen bilah: pangkal: Boeing VR-7; hujung: Boeing VR-8[8]

Prestasi

  • Halaju maksimum: 170 kn (196 mph, 315 km/j)
  • Halaju kruis: 160 kn (184 mph, 296 km/j)
  • Jarak: 400 nmi (460 bt, 740 km)
  • Jarak tempur: 200 nmi (230 bt, 370 km)
  • Julat feri: 1,216 nmi (1,399 bt, 2,252 km) [9]
  • Had khidmat: 20,000 ka (6,100 m)
  • Kadar mendaki: 1,522 ft/min (7.73 m/s)
  • Disk loading: 9.5 lb/ka2 (46 kg/m2)
  • Kuasa/berat: 0.28 hp/lb (0.46 kW/kg)

Persenjataan

  • Sehingga 3 pucuk mesingan sederhana (1 di tanjakan muatan dan 2 di bahu tingkap), amnya 7.62 mm (0.300 in) mesingan M240/FN MAG, dan juga boleh dipasang dengan mesingan berputar 7.62 mm M134 Minigun.

Avionik

  • Rockwell Collins Common Avionics Architecture System (CAAS) (MH-47G/CH-47F)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads