Sentaur (buruj)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sentaur, Sentora, atau Centaurus (Cen) ialah sebuah buruj cerah di langit selatan. Sebagai salah sebuah buruj yang terbesar, Centaurus disertakan sesama 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Dalam mitologi Yunani, Centaurus mewakili sentaur; makhluk yang separuh manusia, separuh kuda (lagi sebuah buruj yang dinamai sempena sentaur ialah yang daripada zodiak: Sagittarius (Pemanah). Bintang-bintang ketara termasuklah Alpha Centauri, sistem bintang terdekat dengan Sistem Suria kita, jiranya di langit, Beta Centauri, dan V766 Centauri, salah sebuah bintang terbesar yang telah ditemui. Buruj ini juga mengandungi Omega Centauri, gugusan glob tercerah seperti yang terlihat dari Bumi dan yang terbesar yang diketahui.
Remove ads
Lihat juga
- Sentora (astronomi Cina)
- Senarai bintang tercerah
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads