Alpha Centauri

From Wikipedia, the free encyclopedia

Alpha Centauri
Remove ads

Alpha Centauri (α Centauri, α Cen, atau Alpha Cen) ialah sejenis sistem najam di buruj selatan Centaurus. Ia terdiri daripada tiga bintang: Rigil Kentaurus (α Centauri A), Toliman (α Centauri B), dan Proxima Centauri (α Centauri C).[14] Proxima Centauri ialah bintang paling hampir dengan Matahari pada 4.2465 tahun cahaya (ly), iaitu 1.3020 parsec (pc), manakala Alpha Centauri A dan B ialah bintang terdekat yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Fakta Segera Magnitud ketara (V), Ciri-ciri ...

Kedua-dua Rigil Kentaurus dan Toliman adalah seakan Matahari (setiap satunya berpadanan dengan jenis G dan jenis K) yang bersama-sama membentuk sebuah sistem bintang dedua α Centauri AB. Pada mata kasar, kedua-dua komponen utama ini kelihatan seperti bintang tunggal pada magnitud ketara -0.27. Pasangan ini membentuk bintang paling terang dalam buruj dan yang ketiga paling terang di langit malam, dikalahkan oleh semata-mata Sirius dan Canopus. α Centauri AB merupakan bintang dedua yang terdekat dengan Matahari pada jarak 4.344 ly (1.33 pc).

Rigil Kentaurus mempunyai 1.1 kali jisim (M) dan 1.5 kali ganda kilauan (L) berbanding Matahari, manakala Toliman lebih kecil dan lebih sejuk, pada 0.9 M dan kurang daripada 0.5 L.[15] Pasangan bintang ini mengorbit mengelilingi pusat bersama dengan tempoh orbit 79 tahun. Orbit elips mereka adalah sipi, sehingga jarak antara A dan B berbeza sejauh 35.6 unit astronomi (AU) atau kira-kira jarak antara Pluto dan Matahari, hingga sedekat 11.2 AU atau kira-kira jarak antara Zuhal dan Matahari.

Proxima Centauri ialah suatu bintang kerdil merah kecil (kelas M). Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, Proxima Centauri ialah bintang paling hampir dengan Matahari pada jarak 1.30 pc (4.24 ly), lebih dekat sedikit berbanding α Centauri AB. Jarak antara Proxima Centauri dengan α Centauri AB ialah kira-kira 13,000 AU (0.21 ly),[16] bersamaan dengan kira-kira 430 kali ganda jejari orbit Neptun.

Proxima Centauri terdapat dua planet yang disahkan, yakni Proxima b dan Proxima d. Planet pertama itu merupakan sejenis planet bersaiz Bumi dalam zon boleh didiami (walaupun kemungkinan tidak boleh didiami), manakala planet kedua pula merupakan sejenis planet sub-Bumi yang mengorbit sangat rapat dengan bintangnya.[17] Planet ketiga yang mungkin wujud tetapi masih dipertikaikan, Proxima c, ialah sebuah mini-Neptun pada kedudukan 1.5 unit astronomi daripada bintangnya.[18] Rigil Kentaurus mungkin mempunyai planet berjisim Zuhal di zon boleh dihuni, walaupun ia belum diketahui dengan pasti sebagai sebuah planet.[19][20][21] Toliman tidak mempunyai planet yang diketahui.[22]

Remove ads

Nota

  1. Proxima Centauri terikat secara graviti kepada sistem α Centauri, tetapi disebabkan oleh alasan praktikal dan sejarah ia diterangkan secara terperinci dalam rencananya sendiri.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads