Proxima Centauri
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Proxima Centauri merupakan bintang terdekat dengan Bumi selepas Matahari, terletak pada jarak 4.25 tahun cahaya di buruj selatan Sentaur. Ditemui pada tahun 1915 oleh Robert Innes, ia merupakan sejenis bintang kecil berjisim rendah yang terlalu samar untuk dilihat dengan mata kasar, dengan magnitud ketara 11.13. Proxima Centauri merupakan sebahagian daripada sistem najam Alpha Centauri, yang dikenal pasti sebagai komponen Alpha Centauri C, dan berada pada 2.18° daripada arah barat daya pasangan AB Alpha Centauri. Ia kini berada pada kedudukan 12,950 AU (0.2 ly) daripada pasangan bintang AB, yang ia mengorbit dengan tempoh kira-kira 550,000 tahun. Nama Latinnya bermaksud 'bintang terdekat Centaurus'.
Proxima Centauri ialah sejenis bintang kerdil merah dengan jisim kira-kira 12.5% daripada jisim Matahari (M☉), dengan ketumpatan purata kira-kira 33 kali ganda berbanding Matahari. Disebabkan oleh jarak Proxima Centauri dengan Bumi, diameter sudutnya boleh diukur secara langsung. Diameter sebenar adalah kira-kira satu pertujuh (14%) diameter Matahari. Walaupun ia mempunyai kilauan purata yang sangat rendah, Proxima Centauri merupakan sejenis bintang suar yang mengalami peningkatan kecerahan secara dramatik dan rawak disebabkan aktiviti magnetiknya. Medan magnet bintang tersebut dicipta melalui perolakan di seluruh jasad najam, dan aktiviti suar yang terhasil menjana jumlah pancaran sinar-X yang serupa dengan yang dihasilkan oleh Matahari. Percampuran dalaman bahan apinya melalui perolakan terasnya dengan kadar pengeluaran tenaga yang agak rendah, menjadikannya berupaya untuk kekal sebagai bintang jujukan utama selama empat trilion tahun lagi.
Proxima Centauri mempunyai dua planet luar suria yang diketahui dengan satu calon planet luar suria: Proxima Centauri b, Proxima Centauri d dan Proxima Centauri c yang dipertikaikan.[nb 3] Proxima Centauri b mengorbit bintang pada jarak kira-kira 0.05 AU (7.5 juta km) dengan tempoh orbit kira-kira 11.2 hari Bumi. Anggaran jisimnya sekurang-kurangnya 1.06 kali ganda berbanding Bumi.[7] Proxima b mengorbit dalam zon boleh didiami Proxima Centauri, dengan julat suhu yang sesuai untuk air cecair wujud di permukaannya, namun disebabkan oleh Proxima Centauri itu sendiri merupakan najam kerdil merah dan bintang suar, kebolehdiaman planet ini berkemungkinan besar tidak dapat ditentukan. Sebuah lagi planet sub-Bumi yang bernama Proxima Centauri d terletak pada kira-kira 0.028 AU (4.2 juta km) mengorbit bintangnya setiap 5.1 hari. Satu lagi calon planet sub-Neptun yang bernama Proxima Centauri c mengorbit pada kedudukan kira-kira 1.5 AU (220 juta km) daripada Proxima Centauri setiap 1,900 h (5.2 yr).[15][16]
Remove ads
Nota huraian
- From knowing the absolute visual magnitude of Proxima Centauri, , and the absolute visual magnitude of the Sun, , the visual luminosity of Proxima Centauri can therefore be calculated:
- If Proxima Centauri was a later capture into the Alpha Centauri star system then its metallicity and age could be quite different to that of Alpha Centauri A and B. Through comparing Proxima Centauri to other similar stars it was estimated that it had a lower metallicity, ranging from less than a third, to about the same, of the Sun's.[10][11]
- Nama planet luar suria ditetapkan mengikut konvensyen penamaan Kesatuan Astronomi Antarabangsa mengikut susunan abjad bagi tarikh penemuan masing-masing, dengan 'Proxima Centauri a' sebagai bintang itu sendiri.
Remove ads
Rujukan
Further reading
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
