Chempaka (kawasan negeri Selangor)
bekas kawasan pilihan raya di Selangor, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Chempaka ialah bekas kawasan pilihan raya negeri yang telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sejak tahun 2004 sehingga 2018.
Kawasan pilihan raya ini dimandatkan dengan mengembalikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada Dewan Undangan Negeri Selangor di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu.
Remove ads
Sejarah
Kawasan ini telah diciptakan pada tahun 2003 dan ia terletak di negeri Selangor. Pada tahun 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah mengesyorkan kawasan negeri ini, Chempaka untuk dipinda. Kini, ia dikenali sebagai Pandan Indah. Kawasan ini dipinda kerana perubahan sempadan atau nama asalnya tidak sesuai digunakan lagi.[1][2] Berdasarkan warta yang diperakui pada 29 April 2016, kawasan pilihan raya ini mempunyai 17 daerah mengundi iaitu Taman Nirwana, Angsana Hilir, Kampung Pandan Dalam Kiri, Lorong Raya Kampung Pandan, Pandan Jaya Utara, Taman Chempaka, Kampung Baharu Ampang Ketiga, Pandan Indah Jalan 1,4 dan 6, Taman Dagang, Taman Cahaya, Lorong Molek Kampung Pandan, Lorong Bersih Kampung Pandan, Pandan Jaya Selatan, Taman Bakti, Pandan Indah Jalan 5, Pandan Mewah dan Pandan Indah Jalan 2 dan 3. Masing-masing mempunyai satu atau lebih pusat pengundian, jadual di bawah ialah senarai nama pusat pengundian.[3]
Sejarah perwakilan
Remove ads
Demografi
Pecahan etnik pengundi kawasan negeri Chempaka setakat 2013
Melayu (53.40%)
Cina (38.17%)
India (7.29%)
Etnik lain (1.14%)
Menurut pilihan raya negeri Selangor 2013, sebanyak 42,995 orang pengundi yang berdaftar yang terdiri daripada empat jenis kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kebanyakkannya pengundi ialah beretnik Melayu dengan peratusan sebanyak 53.40, kemudian diikuti oleh etnik Cina (38.17%), India (7.29%) dan paling sedikit ialah lain-lain (1.14%).[4]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads