Iskandar Abdul Samad

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Iskandar Abdul Samad
Remove ads

Dato' Haji Iskandar bin Abdul Samad (Jawi: اسکندر بن عبد الصمد) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Bendahari PAS Pusat[1]. Di peringkat kerajaan negeri Selangor, beliau merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor.

Fakta Segera Bendahari PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ...
Remove ads

Latar belakang

Keluarga

Beliau tinggal di Taman Kencana, Pandan Indah. Beliau berkahwin dengan Salasiah Zakaria serta dikurniakan enam orang anak, iaitu lima lelaki dan seorang perempuan. Bapanya Abdul Samad Ahmad merupakan penyunting di Utusan Melayu. Rakan bapanya seperti Haji Subky Latif, Abdul Shukor Harun, bekas Pengarang Harakah, dan Suhaimi Mokhtar bekas Ketua Pengarang Harakah. Ibunya Maimunah Dasmi, seorang suri rumah.

Pendidikan

Iskandar belajar di Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya. Tahun 1974, sambung belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian di United Kingdom dan mendapat ijazah arkitek dari Universiti Humberside. Dato' Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merupakan rakan sekolah semasa di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Iskandar menyertai PAS pada 1991 sementara Saifudin menyertai UMNO.

Kerjaya

Selepas balik dari UK, tahun 1988 bekerja dengan firma arkitek. Selama setahun di United Kingdom . Beliau pernah menjadi pensyarah di UiTM bagi Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur. Beliau berhenti jadi pensyarah dan beliau kembali menjadi arkitek.

Remove ads

Penglibatan

Parti politik

Iskandar pernah menjadi Setiausaha Cawangan PAS AU2 di Taman Seri Keramat.

  • Bendahari PAS Pusat (2019-2021)
  • Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks PAS (2019-2021)
  • Naib Presiden PAS (2015-2017, 2017-2019)
  • Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi PAS Pusat (2017-2019)
  • Ketua Pengarah KHIDMAT Malaysia (2017-2019)
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks PAS (2015-2017, 2017-2019)
  • Pengerusi KHIDMAT Malaysia (2015-2017)
  • Pesuruhjaya PAS Selangor (2013-2015, 2015-2017)
  • Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor (2011-2013)
  • Timbalan Persuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor (2009)
  • Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.

Pilihan raya

  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N21 Cempaka, Selangor (2008-2013, 2013-2018)

Kerajaan

  • Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor (2008-2013)
  • Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) (2009-2015)
  • Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor (2010)
  • Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor (2013-2014)
  • Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor (2014-2018)

Masyarakat

  • Ketua Penyelaras Pusat Kajian Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)[2][3]

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kerusi ...
Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...

Anugerah dan pengiktirafan

  •  Selangor
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) - Dato' (2014)

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads