Chomel Fana

Pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Noorhanis Farhana binti Shaharuddin (lahir pada 22 Ogos 1986) atau lebih popular sebagai Chomel Fana (Jawi: چوميل فانا) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara televisyen Malaysia. Dari kerjaya lakonannya, beliau terkenal menerusi sitkom Chomel arahan Aziz M. Osman.

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Remove ads

Kehidupan awal

Chomel dilahirkan pada 22 Ogos 1986 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat daripada lapan adik-beradik.[1] Beliau juga pernah aktif dalam bidang sukan apabila pernah menjadi pemain bola sepak wanita Malaysia B, bekas ahli Silat Selangor dan Olahragawati negeri Selangor.[2]

Kerjaya

Sebelum memulakan kerjaya sebagai pelakon, Chomel banyak melibatkan diri di sebalik tabir dan hanya berlakon sebagai pelakon undangan dan tambahan sahaja dalam beberapa buah drama dan telefilem, namun Chomel mula ditawarkan memegang watak utama melalui drama bersiri Chomel yang dicungkil oleh pengarah terkenal iaitu Aziz M Osman yang bersiaran di TV3 pada tahun 2009.

Selepas itu, beliau mula mencuba bakat nyanyian beliau di bawah pengurusan KRU Music dengan mengeluarkan single berjudul BFF pada tahun 2011. BFF yang merupakan singkatan akronim kepada Best Friend Forever (Kawan Rapat Selama-lamanya) ini menceritakan pengajaran mengenai sahabat sejati; di mana sahaja, merekalah yang akan sentiasa berada di samping kita walau apa pun yang berlaku, tidak kiralah susah atau senang. Lagu ini juga mengingatkan Chomel kepada tiga orang sahabatnya yang telah beliau perkawan selama lapan tahun.[3]

Namun pada 2013, Chomel memberitahu beliau telah secara rasminya keluar daripada KRU Music Group kerana kontraknya selama dua tahun telah tamat dan menguruskan kerjayanya secara sendiri.[4][5][6]

Pada tahun 2017, Chomel juga berlakon dalam drama Suamiku Paling Sweet memegang watak pembantu sebagai Syukriah, kawan kepada Qisha Iriz lakonan Mawar Rashid. Drama ini ditayangkan di TV3 dalam slot Akasia pada 13 Februari 2017. Selain itu, beliau juga membintangi drama komedi Jojie Gigil dan drama Bahagia Kasihmu yang bersiaran di TV3.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Chomel Fana memendekkan rambutnya dan berpenampilan seperti gadis tomboi.

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Diskografi

Single

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah

  • Tempat Ketiga dalam pertandingan nyanyian PPW Idol (2007)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads