Coex

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Coex (digayakan sebagai COËX) ialah sebuah kumpulan gadis Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2021 oleh Armani Entertainment.[1][2] Kumpulan ini terdiri daripada empat ahli: Nur Nabilah Qistina Zainal (Mikaela), Elysha Khan (Ely), Amylia Loh (Amy) dan Dalini Lorhendren (Dals). Asalnya ialah kumpulan 5 ahli, Fasihah Afiqah Shahidan (Eyqa) meninggalkan kumpulan itu pada November 2023. Mereka mula dikenali selepas menjadi peserta Big Stage musim kelima dan melancarkan single sulung, "Gimme That Crown". Nama kumpulan ini berasal dari istilah bahasa Inggeris, "co-exist".[1]

Fakta Segera COËX, Asal ...
Remove ads

Sejarah

Sebelum Coex ditubuhkan, kelima-lima ahli asal kumpulan ini telahpun aktif dalam industri seni sebagai penyanyi, model, penari dan pempengaruh media sosial. Mikaela sebelum ini merupakan bekas peserta All Together Now Malaysia musim pertama dan pernah muncul bersama rakan sekumpulannya, Elysha dalam muzik video lagu "Waktu" oleh Hasif Upin. Elysha juga pernah muncul dalam muzik video "Maafkan" oleh Serbian Shah. Amy pula pernah muncul dalam muzik video lagu "Ternyata" oleh Azhar Osman.

Pada Oktober 2021, Armani Entertainment telah mengadakan ujibakat The Audition 2021 bagi mencari bakat baharu di kalangan wanita bagi membentuk sebuah kumpulan gadis baharu, susulan kejayaan kumpulan Dolla.[1] Syarikat pengurusan itu pada mulanya mahu mencari satu kumpulan dengan empat ahli dan memilih Mikaela, Eyqa, Amy dan Elysha. Bagaimanapun, Armani Entertainment mengambil keputusan untuk mencari satu kumpulan dengan lima ahli, akhirnya mereka mengambil Dals sebagai ahli yang kelima selepas keempat-empat ahli kumpulan bertemu dengannya di Instagram dan menamakan kumpulan ini sebagai Coex.[1]

Amy pada asalnya ialah ketua kumpulan ini sebelum Coex membuat penampilan sulung. Di awal penubuhan kumpulan ini, mereka banyak aktif di media sosial dengan membuat video lagu saduran, namun tidak merakamkan sebarang lagu sendiri.[1] Pada tahun 2023, mereka menjadi peserta untuk pertandingan TV realiti, Big Stage musim kelima.[3] Coex ialah salah satu daripada dua artis berkumpulan yang menjadi peserta rancangan itu, satu lagi ialah Dem Lepak Boyz.[4] Akan tetapi, mereka tersingkir di minggu ketujuh konsert.[5][6]

Pada 21 Julai 2023, Coex melancarkan single pertama mereka, "Gimme That Crown", diikuti oleh muzik video rasminya yang dikeluarkan pada 4 Ogos.[7][8] Ia menjadi rakaman pertama dan terakhir Coex bersama Eyqa.

Coex kemudian membuat persembahan di Kepci Music Fest 2023 yang berlangsung pada 26 Ogos 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Konsert itu diadakan sempena sambutan jubli emas KFC Malaysia dan antara artis yang membuat persembahan ialah Amy Search, Siti Nurhaliza dan Misha Omar.[1]

Eyqa meninggalkan Coex pada November 2023. Ahli kumpulan ini kemudian mengeluarkan kenyataan di laman Instagram mereka mengenai pengundurannya pada 15 Januari 2024 dengan menyatakan bahawa pengunduran Eyqa daripada Coex ialah kerana beliau ingin mengejar kepentingan lain susulan penamatan kontraknya dengan Armani Entertainment. Kumpulan ini, pada masa yang sama, masih mengekalkan hubungan baik mereka dengan Eyqa.[9]

Single kedua mereka, "Cemburu" menyusul pada Disember. Ia menjadi single pertama mereka tanpa Eyqa. Pada Mei 2024, Coex menyumbangkan suara mereka untuk filem Paku Tanah Jawa yang bertajuk "Paku Durjana".[10][11]

Big Stage musim 5

Berikut ialah senarai persembahan Coex di Big Stage 5:

Maklumat lanjut Minggu, Tema ...
Remove ads

Ahli kumpulan

Ahli terkini
  • Nur Nabilah Qistina Zainal (Mikaela; lahir 17 November 1995) (2021–kini)
  • Amylia Loh (Amy; lahir 23 Ogos 1996) (2021–kini)
  • Dalini Lorhendren (Dals; lahir 9 Julai 1998) (2022–kini)
  • Elysha Khan (Ely; lahir 23 September 1998) (2021–kini)
Bekas ahli
  • Fasihah Afiqah Shahidan (Eyqa; lahir 13 Julai 1997) (2021–2023)

Garis masa

Diskografi

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads