Edry bin Abdul Halim
Penyanyi, pelakon, penerbit filem, penulis lirik, penerbit muzik, penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Edry Abdul Halim (lahir 28 April 1976) merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan KRU, penerbit muzik, penggubah lagu dan pemain synthesizer Kumpulan Mojo.
Remove ads
Kehidupan awal
Edry dilahirkan pada 28 April 1976 di Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Halim bin Kamal dan Zarina binti Abdul Wahab Fenner.
Kerjaya
KRU
Edry merupakan salah seorang ahli pengasas kumpulan KRU bersama dua abangnya, Norman dan Yusry sewaktu penubuhannya pada 1992 ketika Edry berusia 16 tahun. Beliau merupakan penyanyi kumpulan ini dan kebanyakan lagu-lagu nyanyian KRU dicipta oleh beliau. Edry juga berbakat dalam mencipta lagu, banyak lagu-lagu yang menjadi kegemaran dan kegilaan orang ramai. Antara nama-nama besar yang pernah bekerjasama dengan beliau antaranya Stacy, Adam, Ezlynn, Caliph Buskers, Mawi, Rabbani dan ramai lagi. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Mojo.
Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018,[1] dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual.[1]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Edry mendirikan rumah tangga bersama Milia Mohammed pada November 1999[2] dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Emil, Edylia dan Emery. Anak bongsu, Elya pula dilahirkan pada bulan Jun 2010.[3] Anak ketiga beliau, Emery menghidap penyakit autisme.[4]
Diskografi
Album studio
- Hitman (2011)
Lagu ciptaan
Edry telah menghasilkan lebih daripada 500 lagu dan pernah diiktiraf oleh MACP sebagai komposer dengan pendapatan terbanyak dari tahun 2014-2016 [5]. Antara lagu ciptaan beliau adalah:
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Televisyen
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads