Cukup Derita Itu

Siri televisyen Malaysia 2021, arahan Along Kamaludin From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Cukup Derita Itu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Along Kamaludin, dibintangi oleh Ruhainies, Hisyam Hamid, dan Chacha Maembong. Siri ini mula ditayangkan di TV3 dalam Slot Samarinda bermula 6 Mei 2021 bagi menggantikan drama Penjara Janji.[1]

Fakta Segera Genre, Berdasarkan daripada ...

Drama ini terpaksa ditangguhkan setelah 20 episod, akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Seluruh Malaysia yang menyebabkan sesi penggambaran drama ini terhenti. Namun begitu, baki 20 episod yang belum ditayangkan akan disiarkan sebagai musim kedua bagi drama ini.[2][3]

Pada 15 November 2021, siri ini ditayangkan musim kedua menggantikan Tahyul.[4]

Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani (Ruhainies) dan Ellana (Chacha Maembong) yang setelah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid). Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba.

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran (Hisyam Hamid), seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi, Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan sebelum perkahwinan itu berlangsung.

Zarul hilang ingatan dan tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani menjadi tidak keruan kerana bakal abang iparnya itu tiba-tiba saja ingin menjadi suaminya.

Namun, demi kebahagiaan Datin Mahani (Rosnah Johari) yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam Mak Ngah Gayah dan Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan mengejar semula cinta Ellana hingga sanggup menceraikannya melalui SMS.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?

Remove ads

Pelakon

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Pelakon Sampingan

  • Haji Samsuri Shahrom sebagai Pak Long Ajis
  • S. Ruwiyani Ariffin sebagai Kak Salmah
  • Norazlina Ismail sebagai Senah
  • Halimah Naim sebagai Bedah
  • Indhi Vernandha sebagai Bibik Yanti
  • Aziz AG sebagai Pak Hamid
  • Bella Abel sebagai Zetty
  • Zul Genting sebagai Akub
  • Mili Supina sebagai Mak Besah
  • Nik Ramly sebagai Pak Buncit
  • Din Dangerous sebagai Putih Katik
  • Amirul Asyhwad sebagai Midun
Remove ads

Penerbitan

Penggambaran drama ini dimulakan pada Disember 2020. Penggambarannya juga pernah tertangguh berikutan salah seorang krunya dijangkiti COVID-19. Bagaimanapun, ia terhenti berikutan beberapa babak yang belum sempat dirakamkan.[8]

Siaran

Cukup Derita Itu memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 bermula 6 Mei 2021. Pada 10 Jun 2021, drama itu terpaksa ditangguhkan tayangannya susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara berikutan peningkatan kes pandemik COVID-19 di Malaysia.[9][8] Ia digantikan oleh tayangan semula drama Love You Mr. Arrogant lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya. Turut ditunda siarannya ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.[10]

Pelakon utama drama ini, Ruhainies dalam satu perkongsian di Instagram Miliknya memaklumkan bahawa baki 20 episod drama ini akan disiarkan apabila TV3 mengumumkan tarikh tayangan drama ini.[11]

Remove ads

Runut bunyi

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads