Dadih
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dadih ([da.dih atau da.déh], Jawi: داديه atau داده; bahasa Minangkabau: dadiah[1] [da.diah]) adalah sejenis produk tenusu mirip yogurt tradisional khas dalam kalangan masyarakat Minangkabau yang lazimnya dihasilkan menggunakan susu kerbau (Bubalus bubalis), namun susu lembu juga digunakan.

Perkataan "dadih" ini menyerap dari bahasa Sanskrit दधि dadhi "susu yang mengental". Salah satu cara terbaik memakan dadih ialah dengan menjadikannya sebagai dadih goreng.[2];[3] Cara penyediaan dadih goreng ialah dengan menutup dadih yang telah kental dengan daun pudina, daun pisang, daun bunga raya dan daun bunga tahu ayam. Selepas ditutup dalam tempoh 20 minit, potong dan letakkan dadih dengan campuran tepung seperti membuat tepung bancuhan pisang goreng. Puak2 asli di Kemboja amat menggemarinya. Khasit dadih akan bertambah dengan cara menjadikannya dadih goreng. Ia sepunca dengan dudh, dimakan dalam kalangan orang Sindhi di India dan Pakistan; sementara itu, orang Parsi biasa memakan susu tertapai serupa dengan bawang merah dan mentimun mirip cara biasa memakan dadih dilakukan oleh orang Minangkabau pada masa dahulu.
Remove ads
Penghasilan dan penghidangan
Susu kerbau atau lembu dibiarkan menapai dalam suatu bekas buluh yang ditutup dengan daun pisang (Musa sp.) atau daun bebaru (Hibiscus tiliaceus) yang telah dilayukan di atas api. Proses fermentasi dilakukan dalam suhu ruangan dan berlangsung hingga terjadi penggumpalan sekitar 2 sampai 3 hari.[4]
Dadih biasanya dihidang sebagai makanan sarapan di mana ia lazim dicampur dengan emping (sejenis kerupuk nasi) dan gula merah.[5] Dadiah dapat juga dijadikan sebagai lauk pendamping nasi panas dan sambal.[4]
Remove ads
Dadih manis
Terdapat juga jenis dadih yang dihasilkan sebagai pencuci mulut terutamanya di Malaysia di mana bahan berlainan digunakan untuk mendapatkan sifat kegumpalan yang diingini: susu segar diadun bersama gula, garam, serbuk agar-agar dan perisa tertentu sebelum menyejuk agar segera mengeras.
Dadih moden sebegini ada dibuat dengan berperisa buah-buahan seperti keladi, jagung, strawberi, kelapa antara lainnya. Namun, terdapat juga dadih yang dibuat dengan berperisa vanila dan coklat. Sos buah-buahan ada turut dihidang bersama dadih manis ini untuk memberi rasa yang sedap.
Remove ads
Khasiat
Dari beberapa penelitian diketahui bahwa dadih mengandung bakteri baik iaitu asid laktik (Lactobacillus casei) berpotensi sebagai probiotik.[6][7] Asid laktik di dalam dadih berperan dalam pembentukan tekstur dan cita rasa.
Bakteri asid laktik dan produk turunannya mampu mencegah timbulnya berbagai penyakit seperti mencegah enterik bakteri patogen, menurunkan kadar kolesterol di dalam darah, mencegah barah usus, anti mutagen, anti karsinogenik, dan meningkatkan daya tahan tubuh.[8][9] Selain itu, dadih diduga efektif sebagai antivaginitis.[10][11][12][13]
Di tempat lain
Susu yang diperam di dalam buluh juga merupakan makanan tradisional di Terengganu. Buluh yang digunakan adalah lebih kecil (ukur lilit 4-5 inci) dan dipanggil susu masam. Ia biasanya berbentuk agak keras (seperti agar-agar) dan di makan begitu sahaja atau dicampur sedikit gula.
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
