Daerah Nabawan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Daerah Nabawan
Remove ads

Nabawan merupakan sebuah daerah di Bahagian Pedalaman, selatan negeri Sabah, Malaysia. Daerah ini merupakan daerah keempat terbesar di Sabah. Pusat pentadbirannya terletak di Pekan Nabawan. Antara pekan lain yang terdapat di daerah ini termasuklah Pensiangan, Sepulot dan Pagalungan. Majoriti penduduk di Daerah Nabawan merupakan penduduk beretnik Murut.

Fakta Segera Negara, Negeri ...
Remove ads

Sejarah

Pada tahun 1920, sebuah daerah kecil telah dibentuk di Nabawan yang berpusat di Pensiangan, dan digelar sebagai Daerah Kecil Pensiangan. Pada tahun 1964, Daerah Kecil Pensiangan telah dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh. Pada tahun 1974, pusat pentadbiran daerah Pensiangan telah dipindahkan ke Nabawan, lalu menukarkan nama daerah ini kepada Nabawan.[2]

Geografi

Daerah Nabawan terletak di selatan negeri Sabah, selatan Bahagian Pedalaman. Daerah Nabawan bersempadan dengan Daerah Kalabakan dan Daerah Tongod di timur manakala Daerah Keningau dan Daerah Tenom di barat, serta Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia di selatan.

Bentuk muka bumi Daerah Nabawan majoritinya berbukit bukau dengan hanya sedikit kawasan daratan rendah. Tititk tertinggi di Daerah Nabawan ialah Gunung Antulai dengan ketinggian 1713 meter, Sungai terpanjang di daerah ini ialah Sungai Sembakung.

Remove ads

Pentadbiran

Daerah Nabawan ditadbir oleh Majlis Daerah Nabawan yang berpusat di Pekan Nabawan. Majlis Daerah Nabawan juga mentadbir Daerah Kecil Pagalungan yang terletak dalam Daerah Nabawan. Daerah Nabawan dibahagikan kepada tujuh mukim;

  • Mukim Nabawan
  • Mukim Pagalungan
  • Mukim Pamuntarian
  • Mukim Pensiangan
  • Mukim Sepulot
  • Mukim Tatalaan

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Nabawan ialah seramai 28,349 orang dengan kepadatan penduduk lima orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[4] Majoriti penduduk di daerah Nabawan merupakan Bumiputera iaitu kaum Murut, Lundayeh dan kaum-kaum minoriti yang lain.[5][1]

Maklumat lanjut Status, Bangsa ...

Agama

Di daerah Nabawan, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 73 peratus diikuti agama Islam sebanyak 26 peratus. Agama Buddha, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Remove ads

Kemudahan

Daerah Nabawan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 29 buah sekolah rendah, tiga buah sekolah menengah, empat buah klinik kesihatan, dua klinik desa dan sembilan klinik komuniti di sekitar daerah.

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads