Murut

kaum etnik di Borneo From Wikipedia, the free encyclopedia

Murut
Remove ads

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.

Fakta Segera Jumlah penduduk, Kawasan ramai penduduk ...

Kaum Murut merupakan salah satu kumpulan etnik yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Secara tradisional, mereka mendiami rumah panjang berhampiran sungai atau membina penempatan di sepanjang sungai, yang biasanya menempatkan antara 10 hingga 20 keluarga. Sebahagian daripada kaum ini juga tinggal secara individu di kawasan berhampiran sungai. Kaum Murut dikenali dengan kemahiran dalam pembuatan perahu dan kemahiran ini diwariskan kepada generasi seterusnya. Mereka juga mahir dalam aktiviti memburu serta pernah mengamalkan tradisi bertatu, meskipun amalan tersebut semakin berkurangan dalam kalangan generasi muda.

Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan, Tawau (Merotai dan Kalabakan), Tongod (Pinangah dan Inarad) dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, memburu dan menangkap ikan di sungai. Mereka juga menjalani kehidupan dengan memungut hasil hutan seperti(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang bekerja di perkhidmatan dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.

Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan, Beaufort dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung atau Tirong, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung, Murut Agabag atau Ahavah,Tanggara atau Tanggala, Kolor atau Kolod atau Akolod, Murut Nabai, Murut Gana atau Hana dan Murut Lundayeh[3]/ Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 120,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.

Kaum Murut turut menyambut beberapa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baharu, majlis perkahwinan, pengebumian, serta Pesta Kalimaran, iaitu perayaan menuai padi yang serupa dengan Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan-Dusun. Dalam era moden, masyarakat Murut telah mengalami proses pemodenan dengan ramai bekerja dalam sektor kerajaan, swasta, serta tinggal di kawasan bandar. Walaupun begitu, adat resam dan tradisi nenek moyang masih diamalkan dalam kehidupan seharian.

Remove ads

Adat istiadat

Adat perkahwinan kaum Murut, khususnya Murut Tahol atau Tagal, masih diamalkan sehingga kini dan berlangsung di rumah panjang dengan pelbagai adat istiadat tradisional. Salah satu adat yang penting ialah 'tina’uh', iaitu adat pemberian hantaran mas kahwin terakhir oleh pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Adat ini boleh dilakukan ketika majlis perkahwinan atau beberapa dekad selepasnya, bergantung kepada kemampuan keluarga pengantin lelaki.[4] Adat ini boleh dilakukan ketika majlis perkahwinan atau beberapa

Selain itu, konsep bantuan antara keluarga turut diamalkan dalam kalangan masyarakat Murut. Pihak keluarga pengantin lelaki bertanggungjawab membantu keluarga pengantin perempuan ketika menghadapi kesusahan, seperti kematian ahli keluarga. Bantuan ini merangkumi aspek tenaga, kewangan dan harta benda. Sebagai contoh, menantu lelaki (tumakin) perlu membantu dalam pengurusan pengebumian, termasuk membuat keranda atau menggali kubur. Begitu juga, keluarga pengantin perempuan (inuot) akan memberikan sokongan balas kepada keluarga pihak lelaki dalam keadaan yang serupa. Bantuan ini melibatkan penyediaan makanan, keperluan pengebumian, serta tenaga kerja semasa upacara pengebumian. Amalan ini bertujuan memupuk hubungan kekeluargaan yang erat dalam kalangan komuniti Murut.dekad selepasnya, bergantung kepada kemampuan keluarga pengantin lelaki.

[5]

[6][7][8][9][10]

Remove ads

Kepercayaan

Dahulu mereka mempercayai amalan angkapio iaitu suatu yang telah menjadi amalan seseorang atau kelompok masyarakat, selain itu mereka juga mempercayai akan konsep amamahun iaitu ada makhluk lain yang mendiami kehidupan lain seperti pada suatu kawasan, pokok atau haiwan lain contohnya :- timbolong, induluyon, panggaangon dan banyak lagi . Menurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno atau nama lainnya aki kaulung dan juga disebutkan pada suku lain kinapuuno adalah kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya yang berada di bumi, termasuk orang.[11] Kini,kebanyakan suku kaum Murut majoritinya beragama kristian.

Remove ads

Tarian tradisional

Tarian Magunatip merupakan tarian tradisional suku kaum Murut, khususnya Murut Timugon dari daerah Tenom, Sabah.[12]

[13]

dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.[14]

Pipirot

Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod.

Salupai

Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.

Sinikot

Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.

Rarangkol

Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.

Holong

Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.

Pakaian lelaki

Babaru puputul [15]

Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana.

Aba puputul

Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang.[16]

Tupi'sinulatan

Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot.[17]

Motif

Sebahagian daripada bentuk motif yang terdapat pada pakaian tradisional Murut:[13]

  • Sinusu'
    Bulu burung merak.
  • Inimburu
    Corak berbentuk lintah.
  • Inakaang
    Daun daripada pokok puputul yang disusun bersilang-silang dalam satu barisan.
  • Sinuli
    Beberapa bilah buluh yang disusun secara bertingkat.
  • Kalayam manuk
    Corak berbentuk kaki ayam.
  • Sinusulou
    Corak berbentuk sulou (sulou= kerang yang besar).
  • Mato nu orou
    Corak berbentuk matahari.
Remove ads

Nota kaki

    Lihat juga

    Rujukan

    Pautan luar

    Loading related searches...

    Wikiwand - on

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

    Remove ads