Daerah Sandakan

Daerah di Sabah, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Daerah Sandakanmap
Remove ads

Daerah Sandakan merupakan adalah sebuah daerah pentadbiran di negeri Sabah, Malaysia. Daerah ini terletak di timur negeri Sabah dan dibawah bahagian Sandakan. Pusat pentadbirannya adalah Bandar Sandakan, yang juga merupakan bandar terbesar di timur Sabah.

Fakta Segera Negara, Negeri ...

Daerah Sandakan juga merupakan daerah ke-12 terbesar dan daerah kedua paling ramai penduduk di Sabah dengan jumlah penduduk lebih 400 ribu pada tahun 2020.

Remove ads

Geografi

Daerah Sandakan terletak di timur negeri Sabah, tepatnya di tengah bahagian Sandakan. Daerah ini berbatasan langsung dengan Daerah Beluran di barat, Daerah Kinabatangan di selatan dan Laut Sulu di utara. Daerah ini berkeluasan 2,266 kilometer persegi menjadikannya daerah ke-12 terbesar di negeri Sabah.

Bentuk muka bumi Daerah Sandakan sebahagian besar merupakan kawasan tanah rendah atau tanah rata, manakala terdapat sedikit kawasan berbukit di selatan dan tengah daerah. Titik tertinggi di daerah ini mencapai lebih 200 meter. Perairan daerah ini dipenuhi dengan pulau-pulau kecil termasuklah Pulau Berhala, Pulau Nunuyan Laut dan Pulau Bai. Sungai terpanjang di daerah ini pula ialah Sungai Segaliud. Pulau terbesar di daerah ini pula ialah Pulau Timbang.

Remove ads

Pentadbiran

Daerah Sandakan ditadbir oleh satu pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Sandakan. Dari segi politik, daerah Sandakan diliputi empat kawasan persekutuan iaitu Libaran, Batu Sapi, Sandakan dan Kinabatangan. Daerah ini juga dirangkumi beberapa kawasan negeri iaitu Gum-Gum, Sungai Sibuga, Sekong, Karamunting, Elopura, Sukau dan Tanjung Papat.

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Sandakan ialah seramai 439,050 orang dengan kepadatan penduduk 194 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.[2] Majoriti penduduk di daerah Sandakan merupakan Bumiputera termasuklah etnik Orang Sungai, Suluk, Bajau, Tidung, Melayu dan Bugis.[3]

Daerah Sandakan juga merupakan antara daerah yang mempunyai jumlah penduduk bukan warganegara paling ramai di Sabah iaitu dengan jumlah lebih 100 ribu orang. Mereka kebanyakannya terdiri daripada imigran Filipina atau masyarakat Bajau Laut yang tinggal di atas laut tanpa kewarganegaraan mana-mana negara.

Maklumat lanjut Status, Bangsa ...

Agama

Di daerah Sandakan, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 80 peratus diikuti agama Buddha sebanyak 10 peratus dan agama Kristian sebanyak sembilan peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[3]

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Bacaan Lanjut

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads