Dai Xiangyu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dai Xiangyu (Cina ringkas: 戴向宇; Cina tradisional: 戴向宇; pinyin: Dài Xiàngyǔ; Wade-Giles: Tai4 Hsiang4 Yü3, dilahirkan pada 27 Disember 1984), dahulunya dikenali sebagai Dai Yangtian (Cina ringkas: 戴阳天; Cina tradisional: 戴陽天; pinyin: Dài Yángtiān; Wade-Giles: Tai4 Yang2 T'ien1), ialah seorang pelakon dan model Cina yang berpangkalan di Singapura.
Remove ads
Karier
Dilahirkan di China, Dai terlibat dalam bidang peragaan di Jepun dan Shanghai. Ketika berada di Shanghai, dia dijejaki oleh MediaCorp dan berpindah ke Singapura bagi menandatangani kontrak. Kejayaan besarnya tiba pada 2008 apabila dia memegang watak Yamamoto Yousuke, seorang jurugambar Jepun, dalam siri blokbuster The Little Nyonya dan mendapat pencalonan bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik di 2009 Star Awards. Ini kali pertama dia berpasangan dengan Jeanette Aw.[1]
Dai berpasangan dengan Jeanette Aw buat kali kedua dalam "Together". Dai berlakon sebagai saudara lelaki Yang Nian Qing (Jeanette Aw) dalam Breakout. Ini kali ketiga Dai berlakon bersama Jeanette Aw. Selepas blokbuster hujung 2010 Breakout, Dai berlakon dalam Poetic Justice (siri TV), dalam drama itu dia bergandingan dengan Rui En buat kali pertama. Dia kembali seketika ke China untuk menjalani penggambaran drama ko-produksi Precious[disambiguation needed]. Dia memegang watak Ling Zhi Chu dalam "Precious".[2]
Bermula 29 Julai 2013, Dai secara rasmi mengubah namanya daripada Dai Yangtian kepada Dai Xiangyu dan pulang ke China selepas kontraknya di Singapura tamat. [3]
Remove ads
Filmografi
TV
Filem
Remove ads
Anugerah
Catatan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads