Daniel Sher

From Wikipedia, the free encyclopedia

Daniel Sher
Remove ads

Daniel Sher Aaron Bahadur[1] (lahir 28 Jun 1990) atau lebih dikenali sebagai Daniel Sher ialah seorang penyanyi, komposer, penyusun muzik, penulis lagu dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau berasal dari Kluang, Johor dan mula aktif dalam industri hiburan sejak tahun 2015. Daniel dikenali melalui penyertaannya dalam beberapa program realiti nyanyian dan persembahan pentas di peringkat tempatan serta antarabangsa. Pada tahun 2025, beliau merupakan finalis program Big Stage Alpha terbitan Astro dan seterusnya debut sebagai ketua kumpulan Alpha bersama 6 orang lagi finalis di bawah label Rocketfuel Entertainment[2].

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Nama lahir ...
Remove ads

Kehidupan awal dan pendidikan

Daniel Sher membesar di Kluang, Johor dan mendapat pendidikan awal di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, yang membolehkannya menguasai bahasa Mandarin dengan fasih. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang muzik secara aktif sejak tahun 2015.

Kerjaya seni

Daniel Sher mula dikenali selepas menyertai Astro Star Quest 2015, di mana beliau meraih tempat naib juara[3]. Pada tahun 2020, beliau menjuarai Bintang Ai @ RTM, program realiti nyanyian yang menampilkan bakat berbilang kaum[4]. Pada tahun 2025, beliau menjadi salah seorang finalis rancangan realiti Big Stage Alpha 2025 dan berjaya mara ke peringkat akhir serta menamatkan saingan di tempat ke-4.

Susulan kejayaan itu, Daniel Sher telah dipilih untuk debut bersama kumpulan lelaki baharu, Alpha, di bawah naungan Rocketfuel Entertainment

Remove ads

Diskografi

Single (Solo)

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk lagu ...

Single (Kumpulan Alpha)

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk lagu ...

Televisyen

Rancangan realiti / Hiburan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk rancangan ...

Rancangan dokumentari / Gaya hidup

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk rancangan ...
Filem
Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Telefilem
Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Pencapaian

  1. Naib Juara Astro Star Quest 2015
  2. Finalis The Voice Singapore-Malaysia 2017 (Top 8)
  3. Juara Bintang Ai @ RTM 2020
  4. Finalis Big Stage Alpha 2025, (tempat ke-4)
  5. Pemenang mingguan Anugerah Ikon Perfume Paradise Big Stage Alpha 2025, (minggu ke-5 hingga minggu ke-8)

Gaya muzik dan persembahan

Daniel terkenal dengan genre funk dan rock, serta gaya persembahan yang dinamik dan bertenaga. Beliau juga mempunyai kemahiran bermain alat muzik seperti gitar dan dram, di samping menyusun dan menggubah lagu sendiri.

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads