One Cent Thief

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

One Cent Thief ("Pencuri Satu Sen") ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang dicipta dan ditulis oleh Mohammad Alfie Mohd. Johari Palermo selaku 'showrunner' dan diarahkan oleh Alfie Palermo untuk dua musim dan Ariff Zulkarnain untuk musim kedua. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Fabian Loo dan Sofia Jane, siri ini diinspirasikan daripada laporan berita peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia pada 1990-an atas kejayaan mencuri satu sen daripada setiap akaun bank pelanggan tanpa dapat dikesan sehingga menjadi jutawan. Siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di empat saluran Astro bermula 8 Oktober sehingga 26 November 2022 bagi musim pertama.[1][2][3][4][5] Musim keduanya pula memulakan tayangan perdana dari 31 Januari sehingga 21 Mac 2025.[6][7][8][9] NME telah menyenaraikan One Cent Thief sebagai salah satu daripada 10 rancangan TV terbaik Asia bagi tahun 2022.[10]

Fakta Segera Genre, Pencipta ...
Remove ads

Ringkasan siri

Maklumat lanjut Siri, Episod ...

Musim 1 (2022)

Mengisahkan tentang Iman Shah, seorang pekerja bank di Bintang Bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang bapanya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem keselamatan Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.

Musim 2 (2025)

Tiga bulan selepas kejadian dalam musim pertama, Iman Shah meneruskan perjuangannya untuk menjatuhkan Ibu Zara, seorang ketua kartel dadah yang kini semakin kebal setelah berjaya menceburi dunia politik. Dengan bantuan Ash atau Chen (bekas rakan sekerjanya di Bintang Bank), ketua kumpulan jenayah siber Digital Karma, mereka merancang misi berani untuk merompak wang haram milik Ibu Zara dan mengagihkannya kepada rakyat. Namun, cabaran semakin dahsyat apabila Ibu Zara menggunakan pengaruh politiknya untuk memutarbelitkan undang-undang dan menyukarkan usaha pihak berkuasa seperti Intan dalam mendakwa kesalahan jenayahnya.

Remove ads

Pelakon

Thumb
Syafiq Kyle sebagai Iman Shah.

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Penampilan khas

  • Nazir Razak sebagai Pejalan kaki/pemuda
  • Anwari Ashraf sebagai Dani
  • Keanu Azman sebagai Pembaca berita
  • Luqman Hariz sebagai Pembaca berita
Remove ads

Episod

Musim 1

Maklumat lanjut No., Title ...

Musim 2

Maklumat lanjut No., Title ...
Remove ads

Penerbitan

One Cent Thief diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia pada tahun 1990 dan menampilkan kelainan berbanding naskhah lain kerana membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.[23][24]

Ia merupakan hasil ciptaan serta ditulis oleh Alfie Palermo yang turut berkhidmat sebagai 'showrunner', pencipta dan penulis untuk siri Dukun Diva. Alfie berkata mengenai drama ini:

"Idea menghasilkan drama premium ini tercetus ekoran selepas membaca kes ‘pencuri satu sen’ dan ia memberi inspirasi untuk menggarap sebuah karya dengan jalan cerita baru dan segar. Menerusi One Cent Thief, saya cuba ketengahkan isu keselamatan data serta sistem perbankan, di mana betapa mudahnya digodam oleh penjenayah; di samping mengetengahkan isu konflik yang amat dekat dengan masyarakat iaitu ‘wang’ - adakah wang mampu menyelesaikan masalah dan menjanjikan kebahagiaan. Harapan saya agar siri ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat pada isu-isu keselamatan data yang semakin meruncing kebelakangan ini. Pada masa sama, saya berharap penonton akan terhibur dan moga membawa manfaat untuk semua."[25]

Drama ini kembali menggandingkan Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz selepas 6 tahun sejak kali pertama berlakon bersama menerusi drama Married Tapi Benci (2016). Ahli perniagaan dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB, Nazir Razak membuat penampilan kameo.[26]

Remove ads

Siaran

One Cent Thief ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria, Astro Vinmeen, Astro Shuang Xing dan PRIMEtime dengan tayangan serentak pada Sabtu jam 9 malam bermula 8 Oktober 2022. Episod seterusnya disiarkan pada hari yang sama jam 11 malam.[1][27]

Bagi mempromosikan siri ini, sebuah saluran TV khas telah diwujudkan, iaitu One Cent Thief Pop-Up Channel yang bersiaran di Astro saluran 100 bermula 23 November sehingga 4 Disember 2022 yang mana kesemua 8 episod dan 4 kandungan eksklusif boleh ditonton di saluran ini.[28]

Pada Januari 2025, siri ini kembali dalam saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria, Astro Vinmeen, Astro QJ & Astro Citra.

Remove ads

Anugerah

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Catatan

  1. Dengan sarikata bahasa Melayu.
  2. Musim 2 sahaja.
  3. Untuk Astro Shaw
  4. Untuk KL Post.
  5. Untuk Astro Shaw
  6. Untuk Independent Pictures

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads