Dedap merah
spesies tumbuhan From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dedap serap, dedap batik, dedap, atau dadap (nama botani: Erythrina variegata)[2] adalah suatu spesies pokok dedap yang bertaburan sekitar kawasan-kawasan tropika dan subtropika Afrika, anak benua India dan pulau-pulau Lautan Hindi, utara benua Australia, sampailah ke barat Lautan Pasifik di pulau Fiji.[3][4]
Pokok dedap sering ditemukan secara semulajadi di pantai dan hutan-hutan sekitar terutamanya berdekatan muara sungai.[5]
Remove ads
Botani
Pokok dedap mampu mencapai ketinggian antara 15 hingga 20 meter dengan ranting memanjang 50–60 sm. Batang pokok yang masih muda dan halus bergaris-garis hijau mendatar dengan warna kekelabuan, keperangan atau keputihan; batang biasanya dengan duri-duri tempel kecil (1–2 mm) berwarna hitam.[6] Dedaun pokok tumbuh majmuk dari tangkai-tangkai panjang 10–40 cm,[5] 3 helai anak daun setangkai berbentuk hati atau rombus berhujung tumpul[5] dan beraneka rona (hijau hingga hijau muda) serta kuning pudar di sepanjang tulang daun dan urat sisi. Daun-daun ini sering meluruh pada musim kemarau.

Bunga-bunga tersusun menjambak dalam suatu tandan hampir berbentuk kon 25 sm panjang, setiap kuntum bunga mempunyai kelopak berwarna merah terang kejinggaan menyala hingga merah gelap dengan panjang 5.5-8 × 8 sm[5] dan 10 stamen[4] sekuntum. Lenggai biji yang terhasil dari persenyawaan ini lampai dan langsing mencapai sehingga 15–27 sm panjang setiap lenggai mengandungi 5-10 butir biji benih bujur berwarna merah tua atau ungu gelap berpermukaan gilap.[7][4]
Remove ads
Kegunaan
Kayu
Pokok ini sering digunakan sebagai bahan penting dalam industri pembalakan dan pembuatan kertas.[4] Kayu dedap digunakan secara tradisi dalam pelbagai cara oleh masyarakat setempat dari membuat lembing dan perisai (seperti di New Britain) sehinggalah ke jala (Kemboja).[4]
Perubatan
Manuskrip Kitab Tibb Pontianak dikarang Haji Ismail bin Haji Mustafa di Pontianak, Kalimantan pada 1325 H (atau 1907-1908 M) ada menyenaraikan banyak faedah menggunakan pokok dedap dalam merawat pelbagai penyakit termasuk batuk, bengkak, pendarahan dalaman serta merangsang pengeluaran air susu dalam ibu yang hamil.[8]
Perhutanan
Pokok-pokok dedap juga dimanfaatkan sebagai penghalang angin dan pokok pelindung (terutamanya dalam penanaman kopi)[9] serta sebagai tanaman hiasan;[10] ia sering ditanam di sepanjang tepi jalan raya dan taman-taman.
Petani-petani yang mengusahakan sirih, lada hitam dan vanila d India menggunakan pokok ini sebagai pokok penyokong jalar.[9]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads