Delen
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Delen (digayakan dalam huruf besar) ialah sebuah telefilem komedi romantik Malaysia 2021 arahan sulung Janna Nick yang turut berlakon dan berkhidmat sebagai penerbit dengan skrip ditulis oleh Farhana Fauri.[1][2][3] Dibintangi oleh Sean Lee, Dini Schatzmann, Norreen Iman, Sherry Alhadad dan Mark Adam, telefilem ini disiarkan di slot Citra Exclusive di Astro Citra pada 13 Februari 2021.
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan Delen (Sean Lee) seorang remaja yang mencuba sedaya upayanya untuk memikat hati Emily (Janna Nick). Namun kehadiran pelakar baru, Robert (Dini Schatzmann) yang berperwatakan menarik serta kacak telah menjadi penghalang usaha Delen itu.
Atas bantuan Jenny (Sherry Alhadad) selaku penasihat cinta Delen mula bersaing dengan Robert untuk menjadi lelaki yang terbaik untuk Emily. Walaupun Robert memiliki rupa paras yang sangat kacak dan menjadi kegilaan ramai gadis di situ Robert tetap merasakan Delen sebagai pencabarnya. Berlaku pelbagai peristiwa dan pertandingan untuk membuktikan siapakah lelaki paling layak untuk memiliki Emily.
Remove ads
Pelakon
- Sean Lee sebagai Delen
- Janna Nick sebagai Emily
- Dini Schatzmann sebagai Robert
- Norreen Iman sebagai Cupak
- Sherry Alhadad sebagai Jenny
- Mark Adam sebagai Cikgu Marky
- Joey Daud sebagai Oppa
- Annie Mosha sebagai Lisa Blackpig
- Kissya Nick sebagai Badariah
- Hadith Omar sebagai Bodyguard
Penerbitan
Delen ialah percubaan sulung pelakon, Janna Nick sebagai pengarah dan penerbit di bawah syarikat miliknya, Janna Nick Studios.[4][5] Untuk telefilem ini, beliau memilih genre komedi romantik. "Sejak awal masuk bidang seni saya memang pasang niat dan bercita-cita mahu menjadi pengarah. Malah, saya masuk industri pun mahu serius dalam bidang ini. Saya bukan nak kejar populariti dan glamor saja. Jadi, tak salah untuk saya mencuba dan meneroka bidang baru pula. Apabila saya menerbit dan mengarah telefilem ini, ia bukan satu percubaan dan saya takkan berhenti," kata Janna yang dipetik dari Malaysiakini.[6]
Kontroversi
Persamaan dengan Dilan
Delen menjadi subjek kontroversi apabila poster dan jalan cerita telefilem ini dikatakan diciplak dari filem Indonesia, Dilan. Janna dalam hantaran Instagram dilaporkan berkata: "Setakat ini komen yang diterima memang positif namun apabila ada yang beranggapan jalan cerita serta poster Delen dan Dilan 1991 sama, bagi saya itu tidak masuk akal,". Beliau dilaporkan meminta agar pengguna laman sosial berhenti mengamalkan budaya toksik dengan melemparkan kritikan berbaur negatif.[7]
Isu Lisa Blackpig
Delen sekali lagi menjadi subjek kontroversi apabila mendapat kecaman warganet dan peminat K-Pop susulan tindakan Janna menamakan watak dalam telefilem arahannya, Lisa Blackpig yang dilakonkan oleh pendatang baharu, Annie Mosha yang dipercayai mempersenda Lalisa Manoban, salah seorang ahli kumpulan gadis Korea Selatan, Blackpink. Susulan itu, tanda pagar "#JannaNickGoingToJail" dan "#JannaNickIsGoingToJailParty" menjadi sohor kini di Twitter.[8][9] Janna dalam satu sidang media maya dilaporkan memohon maaf atas kekhilafannya, berkata: "Saya sebagai pengarah dan penerbit telefilem Delen mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terasa hati dengan kapsyen itu,".[10][11]
Remove ads
Ulasan kritis
Dalam ulasan retrospektif mengenai Delen, portal filem Kakimuvee mengulas bahawa karya sulung Janna Nick sebagai pengarah "merupakan satu lagi kisah romantis komedi klise tempatan yang gagal memberikan kisah cinta yang menghiburkan" sambil menambah "ia masih boleh ditonton jika anda gemarkan filem atau telefilem rom-com, atau anda adalah peminat Janna Nick". Portal ini memberikan penarafan 1.5 daripada 5 bintang untuk telefilem ini.[12]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads