Mark Adam
Penyanyi dan pelakon Filipina From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Fikri Mark Adam bin Abdullah (né Mark Macaraig Echivarre; lahir 15 Oktober 1979) merupakan penyanyi, komposer, pelakon, pelawak dan penyampai radio Filipina yang bermastautin di Malaysia. Dilahirkan di Cebu, Filipina dan beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001 dan mula terkenal di negara ini.
Meskipun telah menetap di Malaysia, Mark Adam tetap memegang status kerakyatan Filipina dan telahpun berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia. Beliau juga banyak melibatkan diri dalam bidang lakonan dan antara drama lakonan beliau ialah Plan Cinta Tak Jadi, Suami Tanpa Cinta dan yang terbaru pada tahun 2017 ialah Biniku Ninja. Drama adaptasi novel yang menggunakan tajuk yang sama, penulisan Azlan Andi berdasarkan kisah hidup beliau.
Remove ads
Kehidupan awal
Mark Adam dibesarkan di penempatan miskin di Cebu, Filipina. Beliau pertama kali menaiki kapal terbang pada 2001 semata-mata mahu mencari rezeki di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau berkata dalam temu ramah bersama Harian Metro: "Ketika itu saya berusia 22 tahun dan bersama lapan anggota kumpulan muzik, Big Bang. Saya akui memang takut kerana dalam poket hanya ada 500 peso (kira-kira RM30),". Mark ketika itu tidak mengetahui jalan di ibu kota dan sekadar mengenali KL Sentral.[1]
Remove ads
Kerjaya
Mark pada mulanya bekerja sebagai guru tuisyen sebelum mengorak langkah dalam dunia seni.
Beliau memulakan kerjaya dengan mengeluarkan single bertajuk "Sampai Nanti" yang dicipta oleh Dj Cza. Lagu itu mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pendengar di Malaysia. Namun, nama Mark mula dikenali apabila lagu single kedua beliau iaitu Pencuri terus menarik minat rakyat Malaysia dan menjadi popular sehingga ke harini. Bukan itu sahaja, Mark juga terkenal dengan lawak spontan beliau yang mencuit hati bahkan beliau juga pernah menyertai program lawak muzikal, Juara Parodi. [2]
Di samping itu, Mark juga pernah mengeluarkan album menggunakan nama beliau iaitu Mark Adam. Album ini mengandungi 12 lagu dan diantaranya lagu Pencuri, Marry Me , Marry Me dalam bahasa Inggeris dan banyak lagi.
Selain, menyanyi Mark juga aktif melibatkan diri dalam bidang lakonan seperti drama Plan Cinta Tak Jadi yang bersiaran di Astro Ria. Beliau memegang watak pembantu dalam drama ini dan beberapa buah drama yang lain. [3] [4] [5]
Pada 2016, Mark dipilih menjadi tenaga pelajar di samping penyanyi, Jaclyn Victor dan Black Hanafiah dalam program realiti pertandingan nyanyian Ceria Popstar musim keempat. [6]
Pada 29 Mei 2017, Mark akan muncul dalam drama Biniku Ninja memegang watak sebagai Andi. Kawan kepada Azlan yang dilakonkan oleh Ungku Hariz. Drama terbitan Aanomalous Films dan diarahkan oleh Syed Fariz ini merupakan adaptasi novel penulisan Azlan yang mempunyai tajuk yang sama. Drama ini akan disiarkan di Astro Maya HD dan Astro Oasis serta menampilkan gandingan pasangan suami isteri Ungku Hariz dan Jihan Muse sebagai peneraju utama drama ini. [7] [8]
Pada 17 Jun 2017, Mark bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul Restu Ramadan yang bakal bersiaran di TV3.
Pada 2019, Mark Adam akan menjadi juri tetap untuk program realiti Bintang Bersama Bintang 2019 bersama Saiful Apek. [9]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Mark telah bernikah dengan Nor Azah Redzuan yang merupakan rakyat Malaysia dan pengurus beliau sejak tahun 2003.[10] Beliau juga telah memeluk agama Islam dan sudah lebih 12 tahun menetap di negara ini dan mempunyai taraf penduduk tetap serta merupakan seorang guru vokal di Petaling Jaya, Selangor. [11]
Diskografi
Album
Single
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Animasi
Remove ads
Radiografi
Radio
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads