Kesatuan Eropah

kesatuan ekonomi dan politik 27 negara yang terletak di Eropah From Wikipedia, the free encyclopedia

Kesatuan Eropah
Remove ads

Kesatuan Eropah (bahasa Inggeris: European Union, EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah. Pertubuhan pendahulunya, "Komuniti Ekonomi Eropah" diasaskan pada 1957 melalui Perjanjian Rom. Perjanjian Maastricht 1992 melihatkan banyak perubahan dalam pertubuhan ini, terutamanya dalam hal ehwal kewangan dan politik dan juga pengenalan nama "Kesatuan Eropah". Pada hari ini, EU mempunyai 27 negara ahli dan beberapa negara lagi yang sedang memohon untuk memasukinya dan 1 negera telah keluar dari persatuan itu.

Fakta Segera Ibu negara, Bahasa rasmi ...

Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar setiap negara ahli EU adalah terbanyak di dunia, iaitu 11.6 trilion euro (AS$15.7 trilion). EU mengamalkan satu pasaran tunggal melalui dasar perdagangan umum, dan juga Dasar Pertanian/Perikanan Umum, dan Dasar Pembangunan Serantau. Mata wang euro diperkenalkan pada 2004 dan digunakan oleh 13 negara ahlinya (dipanggil Eurozone). Sejak 1993, EU juga mengamalkan Dasar Luar Negeri dan Keselamatan yang terhad, dan juga kerjasama dalam hal ehwal polis dan kehakiman.

Institusi-institusi penting EU termasuk Suruhanjaya Eropah, Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, Mahkamah Keadilan Eropah dan juga Bank Pusat Eropah. Warga EU berhak melabur, bermastautin, bergerak dan bekerja di negara ahli EU lain dengan bebas tanpa pasport dan pemeriksaan kastam seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Schengen.

Remove ads

Status

Kesatuan Eropah ialah pertubuhan serantau (regional organisation) yang terbesar di dunia. Negara-negara ahli memindahkan hak-hak penting kebangsaan, seperti dasar kewangan, pasaran dalam negara, perdagangan luar kepada kesatuan ini. Walaupun EU kelihatan seperti sebuah kerajaan persekutuan (seperti Amerika Syarikat), kesatuan ini tidak diuruskan seperti kerajaan persekutuan tetapi berdasarkan "prinsip subsidiariti".

Remove ads

Sejarah dan asal-usul

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Kesatuan Eropah

Usaha usaha untuk menyatukan negara negara di Eropah telah berlaku beberapa kali dalam sejarah benua ini. Usaha ini bermula dengan Empayar Rom, Empayar Frankish Charlemagne, sehinggalah Napoleon dan penaklukan Jerman dalam Perang Dunia II.

Kebanyakan usaha ini menggunakan kekerasan dan ketenteraan yang menyebabkan penyatuan tersebut tidak kekal dan tidak stabil. Penyatuan pertama yang tidak melibatkan ketenteraan diutarakan oleh Victor Hugo pada 1851. Berikutan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, dorongan untuk mewujudkan negara negara Eropah yang membangun dan bebas perang meningkat. Sentimen ini akhirnya mewujudkan Komuniti Batu Arang dan Keluli Eropah pada 1951.

Kesatuan yang sebenar ditubuhkan pada 1957 melalui Perjanjian Rom dan kesatuan ini dinamakan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC). Kesatuan dimulakan pada 1 Januari 1958. Kesatuan ini kemudiannya dinamakan Komuniti Eropah dan akhirnya Kesatuan Eropah. Kesatuan Eropah telah berevolusi daripada sebuah badan perdagangan kepada persekutuan ekonomi dan politik.

Remove ads

Negara anggota dan pembesaran

Thumb
Negara-negara Kesatuan Eropah.

Sejak 1 Mei 2004, Kesatuan Eropah terdiri daripada 25 negara anggota. Kesatuan ini dimulakan oleh 6 buah negara iaitu:

Kemudian, kesatuan mengalami beberapa kali pembesaran bermula 1973 sehinggalah 2004 yang menjadikan kesatuan ini terdiri daripada 25 buah negara.

- Jerman Timur dan Barat bersatu menjadikan Jerman sebagai negara terbesar di Eropah dengan kini 80 juta orang penduduk.

Greenland yang diberi hak pemerintahan kerajaan sendiri (home rule) oleh Denmark, meninggalkan EU pada 1985.

Hubungan istimewa dengan Kesatuan Eropah

Banyak negara seperti Monaco dan Andorra mempunyai perjanjian khas dengan kesatuan ini membolehkannya mengguna dan menghasilkan mata wang Euro.

Status quo Kawasan Luar Negara

Beberapa kawasan yang terletak di luar benua Eropah diterima sebagai anggota EU contohnya Pulau Canary, Isle of Man, dan sebagainya.

Ekonomi

Untuk rencana lanjutan, lihat Ekonomi Eropah

Setakat ini (Mei 2004), Kesatuan Eropah merupakan blok ekonomi yang terbesar di dunia dengan GDP sebanyak € 9.613 x 10¹², berbanding Amerika Syarikat yang mempunyai GDP paling besar untuk negara tunggal iaitu sebanyak AS$ 10.450 x 10¹² ataupun € 8.782·10¹². Pada 2004, Kesatuan Eropah mengalami pertumbuhan ekonomi yang tepu dan kurang peluang pekerjaan.

Ekonomi EU dijangka akan meningkat dalam beberapa dekad yang akan datang memandangkan lebih banyak negara akan menyertai kesatuan ini dan kebanyakan negara tersebut mempunyai GDP yang jauh lebih rendah daripada purata EU. Oleh itu, pertumbuhan GDP di negara negara ini dijangka akan menjadikan ekonomi EU terus dinamik. Walau bagaimanapun, kesan daripada kemasukan nagara baru ini akan menyebabkan GDP EU jatuh untuk tempoh masa yang singkat.

Jadual di bawah menunjukkan GNI per kapita dan GDP anggota EU pada tahun 2002. Jadual ini boleh dijadikan piawai relatif tarat hidup antara negara anggota.


Maklumat lanjut Negara, GNI (PPP) per kapita ...
Remove ads

Dasar Utama

Apabila nama Komuniti Ekonomi Eropah berubah kepada Komuniti Eropah dan (kemudiannya menjadi) Kesatuan Eropah, organisasi ini juga berubah daripada sebuah kesatuan ekonomi kepada kesatuan politik. Perubahan ini dapat dilihat dengan bertambahnya dasar dasar yang dipertanggungjawabkan kepada EU dan perpindahan kuasa politik daripada negara anggota kepada EU.

Nota

  1. Dua puluh tiga bahasa diterima sebagai bahasa kerja dan bahasa rasmi. Tiga di antaranya, Inggeris, Perancis, dan Jerman, memiliki status yang lebih tinggi, yaitu bahasa prosedur dan dipakai sehari-hari di semua lembaga Kesatuan Eropah.[1]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads