Fahmi Ngah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Mohammad Fahmi bin Ngah merupakan seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan seorang ahli politik yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Amirudin Shari dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Seri Setia sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan PH.
Remove ads
Kerjaya politik
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (sejak 2023)
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, gabungan pemerintah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dan berjaya membentuk semula kerajaan. Susulan itu, ADUN Sungai Tua Amirudin daripada PH telah dilantik semula sebagai Menteri Besar. Mohammad Fahmi kemudiannya telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor dan diberikan portfolio merangkumi Hal Ehwal Islam, Industri Halal, Infrastruktur Digital serta Pengakaran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) oleh Menteri Besar Amirudin masing-masing pada 21 dan 23 Ogos 2023.[1][2]
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Mohammad Fahmi telah membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila beliau dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di kerusi negeri Seri Setia. Fahmi memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Seri Setia untuk penggal pertama selepas menewaskan Mohd Zubir Embong daripada Perikatan Nasional (PN), Dobby Chew daripada MUDA, dan calon bebas Harindran Krishnan dengan majoriti sebanyak 11,331 undi.[3]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Nota
- Memegang portfolio bermula pada 23 Ogos 2023.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads