Faralyna Idris

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Faralyna Md. Idris (lahir 5 Januari 1991)[a] merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2009 menerusi drama Kisah Kaisara 2 arahan Aziz M. Osman, yang merupakan drama pertama lakonannya.[1] Seterusnya namanya melonjak naik ketika membintangi drama Asmara arahan Heykal Hanifah sehingga dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 bagi kategori Pelakon Baru Wanita Popular sebagai Top 20.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Sejak kematian ibunya, Jalaliah "Julie" Ismail, Faralyna dan keluarganya mula mengalami masalah kewangan. Pernah satu ketika dulu beliau ponteng sekolah kerana malu tidak membayar yuran kerana beliau bersekolah di sekolah swasta. Atas saranan Norsiah Ramli, ibu kepada pelakon Diana Danielle yang merupakan satu sekolah dengannya menyarankan agar Faralyna menceburi bidang lakonan untuk menyara diri. Pada mulanya Faralyna ingin mencuba dan pergi menghadiri uji bakat untuk drama terbaru Aziz M. Osman. Tidak disangka Aziz menyukai lakonannya. Disitulah bermulanya kerjaya Faralyna. Antara drama yang pernah dibintanginya dan memegang watak utama adalah Sutera Cinta, Kali Kedua, Fira Ayuni, Kampus, Dingin Lavenda, Asmara, Asmara 2, Rawan, Fajar Aiman dan banyak lagi.[2][3]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Hairul Azreen (kini berkahwin dengan Hanis Zalikha) sekitar 2011 dan merancang untuk berkahwin.[4] Namun, hubungan mereka berakhir pada Februari 2013.[5] Beliau berkahwin dengan jurugambar Muhammad Fikri Abdullah pada 12 Disember 2014, majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Cruise Tasik Putrajaya.[6] Pasangan ini sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Mei selepas berkenalan selama dua tahun.[7][8]

Hasil perkongsian hidupnya dengan Fikri, Faralyna dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Fira Anggun yang dilahirkan pada 29 Oktober 2015[9] dan Fira Ayu yang dilahirkan pada 21 Jun 2018.[10]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Catatan

  1. Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang tiga tahun lebih tua daripadanya. Ini kerana Azizulhasni lahir pada 5 Januari 1988, manakala Faralyna lahir pada 5 Januari 1991.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads