Hairul Azreen

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Hairul Azreen
Remove ads

Hairul Azreen Idris (Jawi: هاءيرول ازرن ادريس; lahir 23 April 1988) merupakan seorang bekas pelakon, pelagak ngeri, model, pengarah dan usahawan lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai pelagak ngeri sebelum bergiat aktif sebagai pelakon, beliau merupakan Juara Fear Factor Malaysia (Musim 1) bersama Dazrin Kamarudin.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...

Beliau telah berlakon dalam beberapa siri drama TV termasuk Rona Roni Makaroni (2008), Ponti Anak Remaja (2010), Setia Hujung Nyawa (2013) dan Misiku Kuza (2013–2014). Antara filem lakonan beliau ialah Hantu Kapcai (2012), Gila-Gila Remaja 2 (2013), Pak Pong (2017), PASKAL (2018), WIRA (2019), The Assistant (2022) dan Malbatt: Misi Bakara (2023).

Remove ads

Kehidupan awal

Hairul Azreen dilahirkan pada 23 April 1988 di Kuala Lumpur kepada ibu bapanya Idris Ali dan Habsah Desa. Beliau mempunyai adik-beradik seramai empat orang, beliau ialah anak kedua. Hairul berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau mempelajari seni mempertahankan diri Taekwondo, sekaligus menerima tali pinggang hitam serta pernah menjadi atlet Sukan Malaysia 2004 untuk kontinjen Selangor.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pada tahun 2007 Hairul bekerja sebagai tukang cat jalan di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dengan bayaran RM50 sehari. Beliau pernah berdepan risiko dilanggar kenderaan yang dipandu laju ketika melakukan tugas mengecat. Beliau kemudian bertukar kerja sebagai penarik kereta bagi mereka yang tidak melangsaikan bayaran bank.[1] Selepas itu, beliau bekerja sebentar sebagai jurujual jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).[2][3]

Remove ads

Kerjaya

Hairul memulakan kerjaya awalnya sebagai pelagak ngeri untuk beberapa filem tempatan.[4] Drama pertama lakonannya ialah menerusi drama arahan Shahrulezad Mohameddin, Rona Roni Makaroni yang dibintangi oleh Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Sharifah Sofia, Wan Sharmila, Bront Palarae dan Azma Aizal Yusoof. Ia diikuti oleh peranan pembantu dalam siri drama cereka sains Bio-Nik lakonan Kamal Adli pada 2009.

Hairul kemudiannya bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar menerusi drama seram misteri Ponti Anak Remaja lakonan Liyana Jasmay.[5] Beliau membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem Senario The Movie Ops Pocot arahan Ismail Bob Hashim lakonan kumpulan Senario. Hairul kemudian menjayakan peranan pembantu sebagai Akim dalam filem Hantu Kapcai arahan Ghaz lakonan Zizan Razak dan Remy Ishak.[6] Hairul juga muncul sebagai pelakon dalam muzik video lagu "Cinta Muka Buku" nyanyian Najwa Latif.

Pada tahun 2013, beliau bersama pelakon Dazrin Kamarudin menyertai rancangan realiti Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Aaron Aziz dan dinobatkan sebagai juara.[7][8][9][10] Selain itu, beliau berlakon di samping Ako Mustapha, Zed Zaidi, Zul Yahya, dan Zarina Zainuddin dalam siri 5 Bujang arahan sulung Eizlan Yusof bersiaran di Slot Cindai TV1. Ia mengisahkan tentang lima sahabat, Tarmizi, Benn, Otai, Johari dan Borhan, yang menyewa sebuah rumah tidak mempunyai pendidikan tinggi, namun mengambil berat antara satu sama lain.[11]

Hairul mendapat perhatian meluas menerusi watak sebagai Airiel dalam drama perubatan, Misiku Kuza yang dibintangi oleh Erin Malek dan Arja Lee. Hairul turut menjayakan peranan utama dalam filem arahan V. Nagaraj, Gila-Gila Remaja 2, kesinambungan dari filem 1985, Gila-Gila Remaja arahan Allahyarham Hussein Abu Hassan lakonan Faizal Hussein. Beliau memegang watak Afiq yang berasal dari keluarga kaya dan minat perlumbaan motosikal serta gemar menari.[12] Filem ini turut dibintangi oleh Taiyuddin Bakar, Fizz Fairuz dan Bella Dally.

Beliau bersama isteri Hanis Zalikha muncul dalam rancangan Hairul & Hanis Junior yang bersiaran di Astro Ria, kemudian diikuti oleh My Little Heroes: Yusuf & Bujibu yang menampilkan anaknya, Yusuf Iskandar sebagai tunjang utama.[13][14] Hairul membintangi filem bomba pertama Malaysia, Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib.[15][16][17]

Pada 27 September 2018, Hairul merupakan salah seorang pelakon utama filem PASKAL arahan Adrian Teh bersama-sama Ammar Alfian, Taufiq Hanafi, Henley Hii dan Jasmine Suraya Chin; beliau memegang watak sebagai Arman.[18][19] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan menerima ulasan positif daripada media.[20][21] Kembali bekerja dengan Adrian, Hairul memegang watak sebagai Hassan dalam filem WIRA yang ditayangkan pada 21 November 2019.[22]

Beliau kembali bekerja di bawah arahan Adrian Teh menerusi filem Pasal Kau! yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif dan pengarang cerita asal. Dikeluarkan pada 1 Oktober 2020 di Netflix, ia turut dibintangi oleh Janna Nick, Amerul Affendi, Henley Hii dan Sophia Albarakbah.[23][24]

Hairul menduduki kerusi pengarah menerusi filem pertama arahannya, Ada Hantu yang ditayangkan pada 13 Ogos 2021 di Disney+ Hotstar.[25][26]

Hairul mengumumkan dalam satu temubual dalam rancangan 3 Pagi Era di stesen radio Era pada 21 Ogos 2023 bahawa beliau akan bersara daripada kerjaya lakonannya selepas tepat 15 tahun. Filem Malbatt: Misi Bakara yang ditayangkan pada 24 Ogos 2023 akan menjadi filem terakhir lakonannya.[27] Beliau mengatakan tumpuan kepada keluarga dan perniagaannya menjadi sebab untuk bersara dari bidang lakonan.[28][29]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan pelakon, pengacara dan penulis blog Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015.[30][31] Bersama Hanis, beliau dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yusuf Iskandar yang dilahirkan pada 3 Jun 2016.

Pada 26 Januari 2018, beliau telah dipanggil oleh pihak polis bagi memberi keterangan di Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah berhubungan penyebaran rakaman video berdurasi 49 saat yang menunjukkan Hairul melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah jenis SK500, dimiliki bapa saudaranya berusia 70 tahun, yang turut kelihatan dalam video berkenaan di Kampung Parit Jerman, Sitiawan dan mendakwa aksi menembak itu dirakam dua tahun lalu dan tidak menyangka video itu tersebar luas.[32][33][34]

Beliau sekali lagi menjadi bualan hangat apabila video ‘aksi terbang’ miliknya menjadi tular di media sosial pada Februari 2018. Aksi Hairul yang menaiki eskalator dengan gaya meniarap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu telah mendapat kecaman daripada netizen.[35]

Hairul dilaporkan mengalami kecederaan semasa melakukan aksi terjun untuk filem WIRA pada 1 Mei 2019, yang menyebabkan ligamen kakinya terkoyak.[36][37] Pada 24 Mei 2019, Hairul dan isteri, Hanis Zalikha dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan yang diberi nama Alisa Aisyah; beliau turut memaklumkan yang kedua-dua anak beliau dilahirkan pada hari Jumaat.[38][39][40][41]

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Siniar

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Videografi

Muzik video

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Diskografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads