Fareez Fauzi

Penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi (lahir 5 Mei 1997) ialah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Beliau mula meraih perhatian menerusi rancangan realiti Mentor Milenia, memenanginya pada 2016.[3][4] Beliau ialah anak kepada pasangan pelakon Fauzi Nawawi dan juga Lisdawati.[5][6]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Pada tahun 2016, Fareez terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan realiti Mentor Milenia 2016 antara lain turut disertai oleh Qody Rany dan Haqiem Rusli. Beliau menjadi anak didik Hazama,[7] dinobatkan sebagai juara sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.[3][8][9] Selepas tamat Mentor Milenia 2016, beliau muncul dengan single sulungnya, "Lagu Radio" namun kurang mendapat sambutan. Beliau juga pernah bekerjasama dengan Haqiem menghasilkan lagu "Aku Yang Bersalah" nyanyian Usop.[10][11] Fareez melancarkan single keduanya, "Bersamamu" selepas dua tahun disekat.[12]

Mengikut jejak langkah ibu bapanya, Fareez juga berkecimpung dalam bidang lakonan,[13] dengan membuat penampilan sulungnya dalam filem seram psikologi Hospital (2017) arahan Azaromi Ghozali. Beliau juga pernah membuat penampilan khas dalam drama Cinta.[14] Seterusnya muncul dalam filem Badang arahan A. Razak Mohaideen, dibintangi oleh usahawan, Aliff Syukri Kamarzaman.[6] Beliau kemudian berlakon dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa dengan memegang watak sebagai Malek.

Mentor Milenia 2016

Berikut ialah senarai persembahan Fareez dalam Mentor Milenia 2016:

Maklumat lanjut Minggu, Tema ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Fareez ialah anak kedua pelakon, Fauzi Nawawi daripada perkahwinan pertama bapanya. Lisdawati ialah ibu tirinya.[15]

Beliau berkahwin dengan gadis pilihannya, Nurwathiqah Abd. Wahab pada 20 Disember 2020.[16][17] Pasangan ini bertunang pada 12 September, iaitu dua bulan sebelum berkahwin.[18] Majlis perkahwinan diadakan secara tertutup di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Ibu kandung Fareez, iaitu bekas isteri Fauzi bagaimanapun tidak dapat hadir di majlis perkahwinan beliau kerana berada di Baling, Kedah.[19]

Remove ads

Diskografi

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads