Fauzi Nawawi

Pelakon, pengarah dan penerbit Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Muhammad Fauzi Mohd Nawawi (lahir 7 Mac 1973) merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit lelaki Malaysia.[1] Beliau dikenali dengan watak antagonis dalam filem Anak Halal sebagai Jeff serta peranan ulangan dalam Gerak Khas.[2] Beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2010 menerusi Sebelum Akhirat. Fauzi menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulung arahannya, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.[3]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Beliau memulakan langkah dalam bidang seni dengan menjadi pelakon lagak ngeri bagi beberapa produksi drama dan pembikin VCD. Selain itu, beliau turut menjadi krew produksi dan pembantu pengarah drama pada 1998.[4]

Pada tahun 2000, beliau mula mendapat tempat di mata pengarah dengan menjadikan beliau pelakon utama, dengan memegang watak antagonis. Nasib beliau dalam drama cerah apabila mendapat tawaran berlakon dengan pelbagai watak. Rezeki akhirnya menyebelahi beliau apabila beliau dinobat Pelakon Lelaki Terbaik ASK 2010 dan Anugerah Seri Angkasa 2010 menerusi drama Sebelum Akhirat.

Hasil daripada lakonan beliau dalam drama, beliau mendapat tawaran menjadi pelakon utama filem Orang Minyak. Beliau pernah tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Anak Halal.

Beliau mendapat tawaran menjayakan teater Tsunami pada tahun 2007, beliau sekali lagi mendapat tawaran untuk pementasan teater saduran daripada filem arahan Allahyarham P. Ramlee dengan menggunakan tajuk yang sama, iaitu Semerah Padi. Dalam teater arahan Rosdeen Suboh ini, beliau memegang peranan Teruna, yang pernah dibawa oleh Allahyarham Nordin Ahmad.[1]

Beliau mengorak langkah sebagai pengarah filem apabila mengarah filem garapanya sendriri, Pak Pong yang ditayangkan pada Februari 2017.[5] Fauzi membuka perniagaan hotel bajet pada Julai 2018.[6]

Beliau ditawarkan bekerja dengan sutradara muda Syamsul Yusof menerusi filem Munafik 2 di mana memegang watak sebagai Umar, orang kanan Abu Jar lakonan Nasir Bilal Khan.[7] Untuk filem ini, Fauzi mendapatkan pandangan dan nasihat ibunya untuk mengelakkan sebarang masalah timbul.[8]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Fauzi dilahirkan dan dibesarkan Pantai Remis, Perak. Beliau berkahwin dengan pelakon Lisdawati pada 9 September 2007.[9] Pasangan ini dikurniakan 8 anak, Fauzi mempunyai empat anak dari perkahwinan terdahulu.[10][11]

Anak beliau, Muhammad Fareez Hazwan merupakan peserta Mentor Milenia[12] dan menjadi protege Hazama.[13]

Kontroversi

Pada Oktober 2021, Fauzi diselar di Internet berkenaan penceritaan pengalaman penggambarannya dalam filem Anak Halal (2007) di sebuah rancangan televisyen, Rumah No. 107 di Astro Warna. Dalam penceritaannya, Fauzi menceritakan penggambaran sebuah babak dalam filem itu yang melibatkan perbuatan rogol olehnya terhadap watak Milya (Raja Farah) yang dipotong dalam hasil akhir atas permintaan ibu bapa Farah.[14] Selaran dihamburkan para warganegara tatkala gaya penceritaannya yang disifatkan berterus-terang, berlebih-lebihan dan bersahaja menjadi tular di media sosial; episod rancangan terbabit itu sendiri disiarkan pada Jun.[15][16] Sejurus selepas itu, Fauzi memohon maaf atas penceritaan itu.[17] Sementara itu, Farah menyatakan bahawa beliau juga memiliki perasaan kurang dihormati selaku seorang isteri berikutan penceritaan itu, dan berasakan perbincangan sebegitu sebagai tidak patut.[18] Kutukan juga dihujahkan oleh pihak pendukung kewanitaan seperti All Women's Action Society, AWAM.[19]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads