Badi (filem)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Badi merupakan sebuah filem seram Malaysia 2015 arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures, ditayangkan pada 15 Oktober 2015.

Fakta Segera Pengarah, Dihasilkan oleh ...
Remove ads

Sinopsis

Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) merupakan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital. Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati iaitu Mek Nak (Rashidah Jaafar). Semasa proses pemeriksaan dijalankan, keempat-empat pelajar ini telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. Salah seorang pelajar tersebut telah mengambil kesempatan dengan mencuri harta kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain. Kesan daripada perkara tersebut, terjadilah beberapa perkara misteri selepas mereka terkena badi mayat “Mek Nak”.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Rashidah Jaafar sebagai Mek Nak
  • Ayang Abbas sebagai Leha
  • Zakaria Zahid sebagai Udin
  • Iskandar Nor sebagai Tauke Warung

Pelakon undangan

Penerbitan dan keluaran

Badi diarahkan oleh Eyra Rahman, ia merupakan filem seram ketiga arahannya selepas Pengantin Malam dan Gudang Kubur. Filem ini ditayangkan pada 15 Oktober 2015 di pawagam seluruh Malaysia.

Ulasan kritis

Nadia Azam dari Malaysiakini menyifatkan Badi ialah sebuah "karya seram suam-suam kuku biarpun tidak banyak pengaruhnya dalam filem, tetapi elemen itu nyata mampu menimbulkan perasaan "seram" malah boleh dikatakan menjadi satu antara kekuatan."[2]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads