Atikah Suhaime

Pelakon wanita Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia

Atikah Suhaime
Remove ads

Datin Nur Atikah binti Mohd Suhaime (Jawi: اتيكه سوهايم; lahir 15 Mac 1991) ialah seorang pelakon wanita Singapura yang aktif berlakon di Malaysia. Beliau telah berlakon dalam beberapa siri drama TV termasuk Dewi Lasak (2013), Si Kolot Suamiku (2016) dan Cinta Tiada Ganti (2018) serta telah membintangi beberapa filem termasuk Lagenda Budak Hostel (2013), Muka Surat Cinta (2014) dan Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi (2016).

Fakta Segera Yang BerbahagiaDatin, Kelahiran ...
Remove ads

Kerjaya

Pada usia 19 tahun, Atikah Suhaime memulakan kerjaya televisyen pada 2010 di negara kelahirannya, Singapura menerusi drama Dikir Puteri dan Delicatesseen terbitan Mediacorp untuk saluran Mediacorp Suria.

Beliau berhijrah ke Malaysia pada tahun 2012 di mana beliau menyertai Metrowealth Pictures sebagai salah seorang artis naungannya. Drama pertama lakonannya di Malaysia ialah Rawan di mana Atikah berlakon bersama Faralyna Idris, Erin Malek, dan Fadzil Zahari. Setahun kemudian, Atikah membuat penampilan filem pertamanya menerusi watak Mila dalam filem komedi gelap 2013, Lagenda Budak Hostel arahan Ismail Bob Hasim. Juga pada tahun sama, beliau berlakon bersama Bella Dally dan Intan Ladyana dalam drama Dewi Lasak arahan Pierre Andre, memegang watak sebagai Dewi Qistina.[1][2]

Beliau kemudiannya berlakon dalam filem dokumentari seram Highland Towers arahan Pierre yang mendokumenkan peristiwa tragedi Highland Towers pada 1993.[3] Filem ini turut dibintangi oleh Shima Anuar, Adibah Yunus, Mikail Andre dan Niezam Zaidi. Pada tahun 2014, Atikah berlakon dalam filem Banglasia arahan Namewee.[4] Beliau juga bergandingan bersama Syafiq Kyle dengan memegang watak sebagai Tania Katsura dalam drama bersiri adaptasi novel, Bila Hati Berbicara di TV3.

Pada tahun 2016, Atikah berlakon dalam drama adaptasi novel, Si Kolot Suamiku lakonan Amar Baharin dan Siti Elizad. Seterusnya beliau membintangi watak Nora Sikin dalam filem romantik Indonesia, My Stupid Boss arahan Upi Avianto lakonan Reza Rahadian dan Bunga Citra Lestari.[5]

Bermula 10 Julai 2018, beliau menjadi pelakon utama bersama Aedy Ashraf, Nelydia Senrose dan Ben Amir dalam drama Cinta Tiada Ganti adaptasi telenovela Filipina Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN; memegang watak sebagai Arianna Natasya, seorang penyanyi kelab malam. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian akibat dosa lampau ibu bapa mereka.[6]

Pada tahun 2020, Atikah membintangi drama dari negara kelahiran beliau iaitu Poskad Dari Alhambra yang akan ditayangkan di MediaCorp Suria [7]. Selain itu, beliau juga akan membintangi filem Kajeng Kliwon dari negara Indonesia yang diarahkan oleh Bambang Drias [8]. Filem ini akan mula ditayangkan pada 13 Februari 2020 di Indonesia.

Atikah menjayakan watak tajuk dalam drama Memoir Karmila arahan Bahri Uma Bajuri yang bersiaran di slot Widuri TV1.[9] Ia mengisahkan pelarian seorang isteri yang terperangkap dengan dendam lama seorang suami yang begitu membencinya tanpa sedar.[10]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada 22 Mac 2018, Atikah telah bertunang dengan penyanyi Singapura, Awi Rafael,[11] dan dilaporkan akan berkahwin pada 15 Mac 2019,[12] namun perkahwinan tersebut dibatalkan.[13][14] Beliau kini berkahwin dengan seorang usahawan pada 2024 iaitu Datuk Lokman Teh bin Datuk Seri Mohd Kamal Teh, Keluarga suami Datuk Seri Mohd Kamal Teh bin Dato' Seri Dr. Haji Eusuff Teh (ayah mentua) dan Allahyarham Dato' Seri Dr. Haji Eusuff Teh bin Abdullah (datuk mentua).

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Singapura

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Malaysia

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads