Pelepas Saka
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pelepas Saka merupakan sebuah filem seram Malaysia 2016 arahan Hashim Rejab terbitan Metrowealth Pictures dan dibintangi oleh Hanif Safuan, Hafiz Bahari, Lydia Izati, Esma Daniel, dan Fauzi Nawawi. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 4 Februari 2016.[1]
Filem ini dikatakan mempunyai unsur-unsur khurafat yang boleh membuatkan masyarakat terikut-ikut dengan perkara syirik. Ini menyebabkan 30 peratus babak dalam filem ini dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).[2]
Remove ads
Sinopsis
Mengisahkan tentang kepulangan Haider bersama isterinya, Alisya (Lydia Izzati) ke kampung. Di perkampungan sama, tinggal seorang wanita tua bernama Asiah (Nor Albaniah) yang mempunyai saka dan ia sedang mencari tuan baharu kerana Asiah tidak mempunyai keturunan untuk diperturunkan sakanya.[3]
Pelakon
- Nor Albaniah Raffie sebagai Asiah
- Hanif Safuan sebagai Haider
- Hafiz Bahari sebagai Raden
- Lydia Izati sebagai Alisya
- Esma Daniel sebagai Adnan
- Fauzi Nawawi sebagai Ustaz
- Aman Graseka sebagai Tok Penghulu
Penerbitan
Filem ini diterbitkan oleh Metrowealth International Group (MIG).[4] Filem ini juga merupakan filem pertama terbitan MIG bagi tahun 2016, dan filem ke-10 arahan Hashim Rejab.
Keluaran dan sambutan
Pelepas Saka ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 4 Februari 2016. Filem ini dikatakan gagal untuk menjalinkan aspek bunyi dan visual menjadi satu simbol keseraman yang mampu mengusik penonton, sebaliknya cubaan untuk menimbulkan rasa seram itu juga seperti dibuat-buat dan hanya bergantung semata-mata kepada kesan solekan wajah seram saka berkenaan.
Suntingan filem ini juga dikatakan tidak lancar dan terdapat juga pengulangan babak yang sewajarnya tidak perlu. Bagaimanapun ini mungkin disebabakan potongan hampir 30% oleh LPFM, yang agak mengganggu mood penontonan dan mengurangkan daya pemahaman penonton untuk mengikuti filem ini sehingga tamat.
Pelepas Saka hanya menggunakan formula mudah, pulang ke kampung, di rasuk saka dan kemudian saka dikeluarkan hasil bantuan seorang ustaz. Pengisian dianggap tidak cukup dan pengembangan watak yang boleh diperkukuhkan melalui aspek penceritaan, permainan visual yang lebih menarik serta mampu meneroka subjek saka itu dengan lebih teliti bagi memberikan hasil yang lebih positif.[5]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads