Ribbit

Filem Malaysia 2014 From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Ribbit ialah tahun 2014 sebuah filem komedi animasi komputer dari Malaysia yang dihasilkan oleh KRU Studios & Crest Animation Studios. Ia diarahkan oleh Chuck Powers dan skrip ditulis bersama Hamir Afizi dan menampilkan lakon suara daripada bintang-bintang besar Hollywood seperti Sean Astin, Russell Peters, Tim Curry dan Cherami Leigh, diterbitkan oleh Shireen M. Hashim.[3][4]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Plot

Sepanjang hidupnya, Ribbit merasakan dirinya berbeza daripada semua katak lain. Untuk mencari tujuan dalam hidupnya, Ribbit memulakan perjalanan yang luar biasa melalui hutan hujan Amazon. Semasa perjalanan ini, Ribbit secara tidak sengaja dihipnotis supaya percaya bahawa dia adalah seorang putera manusia yang terperangkap dalam tubuh katak. Yakin bahawa dia kini memahami mengapa dirinya berbeza, Ribbit berangkat untuk mencari Puteri yang ciumannya akan menyelesaikan semua masalahnya. Disertai oleh sahabat baiknya, tupai betina bernama Sandy, Ribbit bertemu dengan pelbagai karakter yang unik dan berwarna-warni dalam kembaranya dalam kisah ini.

Remove ads

Watak

Maklumat lanjut Versi BI, Versi BM ...
Remove ads

Muzik

Tema muzik utama filem ini adalah Magical Moment, sebuah duet oleh kumpulan R&B Amerika Az Yet dan Jaclyn Victor, juara Malaysian Idol. Lagu lain pada trek muzik adalah Destiny, yang dihasilkan oleh DJ Motiv8 dan disampaikan oleh SuPreme yang menampilkan Felice LaZae.

Keluaran

Filem ini telah dipersembahkan di Pesta Filem Cannes pada 2012 di peringkat projek.[5] Ia telah dikeluarkan secara teatrik di Malaysia pada 4 September 2014. Ia dikeluarkan di Amerika Syarikat dalam bentuk DVD pada 25 September 2014.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads