Elfira Loy

Pelakon dan pengacara wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri (lahir 8 Mac 1994) atau lebih dikenali sebagai Elfira Loy (Jawi: نورول ايلفير لوي احمد صبري) ialah seorang selebriti berpengaruh, pengacara dan usahawan muda Malaysia.

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Remove ads

Kehidupan awal

Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri dilahirkan pada 8 Mac 1994 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak kedua kepada pasangan Ahmad Sabri Haji Ariffin dan Filzah Yusoff. Wanita cantik ini juga mempunyai darah keturunan Melayu, Cina dan Arab Yaman. Bapanya merupakan seorang pengarah, manakala ibunya merupakan seorang pengurus kepada beberapa selebriti terkenal tanah air. Elfira mempunyai lima orang adik-beradik iaitu abang sulungnya Ahmad Ezzraa Loy, adiknya Nurul Ezlisa Loy, Ahmad Ezzrin Loy dan bongsu Ahmad Evvraa Loy. Elfira juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Bandar Tun Hussein Onn 2, dan menuntut dalam aliran sains tulen di sekolahnya. Malah, beliau juga telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Sebelum ini, beliau juga merupakan seorang pengusaha dan pengurus sebuah kafe yang terkenal di ibu negara di samping melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti antarabangsa swasta pertama, UOW Malaysia KDU University College, di Utropolis Glenmarie, Shah Alam. Beliau akhirnya berjaya menghabiskan pengajiannya pada tahun 2017 berkelulusan Communication, Creative Arts, Entertainment Arts, Entrepreneurial Design.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang lahir pada 1 Oktober 2019, dan adiknya Nur Aria Mikayla yang lahir pada 20 Mei 2022.

Kerjaya

2008 - 2011: Permulaan kerjaya

Sebelum beliau meneruskan watak dalam drama, dia dilamar pula membintangi teater kanak-kanak popular, Ali Baba The Muzikal yang dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 2006, juga Ibu Zain Musim 1 dan 2, semakin dikenali ramai tatkala lakonan hebatnya dalam drama. Seterusnya menjadi seorang model dan pelakon pada tahun 2006, juga model dalam The New Face Of Maybelline New York (Malaysia). Elfira Loy mula melakonkan wataknya pada 2008, dalam sebuah telemovie drama iaitu Cinta Itu Buta dia sahaja yang lakonan dan terus memainkan watak dalam Persis, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan Selaginya Ada Cinta juga drama Indonesia, sama dikeluarkan ketiga - tiga drama, seterusnya merupakan watak dalam Disney Waktu Rehat sebagai Amirah bersama dengan adik - beradik iaitu Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezzlisa Loy. Pada Tahun 2009 dan 2010, Elfira Loy juga mula berlakon seperti dalam drama bersiri Roh Natrah , Qalesya 1 ditayangkan sepanjang bulan ramadhan dan Senja Permai. Pada tahun 2010 dan 2011 terusnya watak memainkan seperti Tentang Bulan The Series, Syurgamu Ramadhan, Qalesya 2 juga sepanjang bulan ramadhan ditayangkan, Kum Kum : The Series, Jangan Ambil Padang Kami, Hani, Mahligai Itu Milikku dan Second Chance. Wataknya terus menerus ke telemovie drama seperti Kak Long, Permata Hati, Sanggar Cinta Raudhah, Sayang Abah, Ekspress Dania. Pada awal tahun juga terusnya usaha berlakon dalam filem seperti Damping Malam dan Kum Kum : The Movie.

2012 - Kini: Kemuncak populariti

Elfira Loy mula teruskan kerjayaan seperti lakonan bersama dengan Zoey Rahman sebuah drama Demi Dia, juga bersama Randy Pangalila merupakan drama Malaysia - Indonesia iaitu Dalam Hati Ada Taman dan Untuk Terakhir Kali juga merupakan drama Malaysia - Indonesia lakonan bersama Baim Wong. Kini Elfira Loy berlakon lagi dalam drama dan filem seperti Rentap : The Movie, Aku Bukan Malaikat, Permata Hati, Laikatong. Elfira Loy meneruskan lakonannya dalam telefilem seperti akan datang Marrisa, Ketika Cinta Merintih, Sebalik Kasyafmu dan banyak lagi. Pada tahun 2020, sekali lagi Elfira Loy berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila beliau satu-satunya selebriti Malaysia yang disunting untuk bekerjasama bagi peringkat antarabangsa dengan jenama tudung popular di Indonesia iaitu, Buttonscarves yang berpangkalan di sana. Hobinya pula adalah membaca bahan ilmiah dan sebagainya.

Remove ads

Aktiviti lain

Elfira Loy juga diberikan peranan utama sebagai model dalam iklan televisyen dan penyiaran di sosial media. Beliau menjadi jurucakap produk seperti Motosikal Honda, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB, Mamee Slurp dan baru ini The New Face Of Maybelline New York (Malaysia) and Plus One. Line New York (Malaysia) and Plus One.

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Iklan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads