Jihan Muse
Pelawak, Pelakon dan Pengacara TV Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nur Jihan binti Musa (lahir 29 Ogos 1983) merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia dan merupakan bekas peserta Raja Lawak musim ketiga yang mana beliau merupakan naib juaranya.
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 29 Ogos 1983 di Hulu Langat, Selangor dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dan mempunyai darah keturunan Jawa, Riau, Minang dan Bugis.
Kerjaya
Jihan mula berjinak dengan bidang seni di pentas teater di bawah Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani), Pada tahun 2009, Jihan mencabar diri menyertai pertandingan realiti Raja Lawak. Mulanya kehadiran Jihan kurang diterima tapi hasil persembahan yang baik, dia akhirnya berjaya menyandang naib juara Raja Lawak musim ketiga.
Ketika itu, beliau masih bekerja sebagai juruteknik bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan hanya menerima tawaran berlakon pada hujung minggu. Selepas tamat kontrak dengan MBSA, Jihan mula menceburi bidang seni secara serius. Beliau berazam meletakkan pelawak wanita setanding dengan lelaki.
Kembara seninya agak perlahan pada mulanya tetapi mula memacu laju apabila menjadi peserta Maharaja Lawak pada 2011. Gelaran Ratu Parodi dek meniru gaya artis dalam segmen Parodi rancangan MeleTOP membuatkan dirinya tambah dikenali.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Pada tahun 2016, Jihan sah menjadi isteri kepada pelakon, YM Ungku Hariz dengan sekali lafaz.[1][2] Jihan dan suami dikurniakan tiga anak lelaki.[3]
Pada 2019 beliau mula bertudung.
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Peserta
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads