Sayang Salmah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sayang Salmah
Remove ads

Sayang Salmah ialah sebuah filem cereka Malaysia yang diterbitkan dalam tahun 1995, arahan, skrip, lakonlayar dan penyuntingan filem oleh Mahadi J. Murat.[2][3] Dibintangi oleh Sidi Oraza, Azhar Sulaiman, Norish Karman, Sofia Jane, Jalalludin Hassan, Sabri Yunos, Johari Ibrahim dan ramai lagi. Telah mewakili Malaysia dalam Festival Filem Asia Pasifik di Auckland New Zealand 1996, dan berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik melalui Sidi Oraza. Sidi juga adalah pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 12 yang diadakan pada 5 Nov 1995. Kemenangan Sidi di FFAP merupakan kemenangan anugerah utama ke dua bagi filem Melayu, selepas kemenangan P Ramlee sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dalam filem Anakku Sazali terbitan Shaw Brothers Singapura pada tahun 1957.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Plot

Sayang Salmah berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Melayu sekitar tahun 1955-1960 di Johor, yang mengungkapkan erti cinta pada keluarga, bangsa dan negara, berasaskan sejarah dan semangat perjuangan menuju kemerdekaan, yang relevan dengan falsafah kepimpinan negara hari ini. Pernyataan ini diungkapkan melalui kisah keluarga seorang guru Bahasa Inggeris bernama Mr Jabar (Jalaluddin Hassan) dan isterinya Dasimah (Fauziah Nawi), terutama dalam mendidik dan menyerdarkan anak-anak mereka iaitu Hassan (Sidi Oraza) dan Salleh (Azhar Sulaiman).

Hassan, seorang pemuda yang bergiat cergas dalam politik perjuangan Melayu katika itu iaitu UMNO. Dia adalah seorang pemimpin harapan yang baik. Malangnya[4], akibat persaingan politik dan fitnah yang menular di ketika itu Hassan ditangkap dan ditahan polis. Penahanan Hassan menyebabkan ayahnya Mr Jabar amat keciwa, dan begitu tertekan bagi seorang guru bahasa yang telah terdedah kepada pemikiran sivil yang didapatinya ketika belajar di Maktab Perguruan Kirkby di England. Mr Jabar meninggal dunia ketika Hassan masih dalam tahanan.

Apabila mengetahui tentang kematian bapan yang dirahsiakan daripadanya Hassan merasa dialah punca segala-galanya. Akibat rasa bersalah yang teramat sangat dan kerana jiwanya yang rapuh (barangkali mewarisi ciri-ciri pesakit skizofrenia dari warisan keturunan lampau) Hassan telah terputus dengan dunia realiti kerana diracau silang pemikiran lampau yang berlapis-lapis dan celaru. Kerana penyakit skizofrenia yang diidapinya tidak dapat dikawal, Hassan terpaksa di asingkan dan di'kurung' mengikut amalan pada zaman itu.

Sementara itu, Salleh terus membesar dan menjadi pemuda yang bebas. Dia sering keluar rumah, berhibur di kabaret lalu berkenalan dengan seorang perempuan joget bernama Salmah (Norish Karman).

Mereka akhirnya berkahwin dan Hassan semakin terabai apabila Salleh dan Salmah berpindah rumah. Dasimah pula kerana usia yang meningkat dan terpaksa menanggung segalanya sendirian terus melayan Hassan dengan kasih sayang seorang ibu.

Satu hari Dasimah ditimpa musibah apabila kakinya tertusuk sembilu buluh. Dia tenat dan akhirnya meninggal dunia. Keadaan tambah meruncing apabila Hassan terus tidak dipedulikan oleh Salleh dan Salmah yang sudah berpindah balik ke rumah.

Pada suatu hari akibat kelaparan yang tak dapat ditahan Hassan telah memecah jerjak yang menjadi tempat 'kurungan'nya. Hassan telah masuk rumah, mencari makanan, tetapi terserempak dengan Salmah yang sedang bersolek. Salmah memarahi Hassan kerana 'menceroboh masuk rumah', Hassan dipukul dan ditolak untuk keluar rumah. Dalam mempertahan diri dan mengelak dari pukulan bertalu Salmah Hassan telah menolak Salamah. Salmah yang lebih kecil daripada Hassan telah terhoyong terhantuk tiang dalam rumah, lalu rebah dan jatuh pengsan. Salleh yang baharu saja dipukul kerana dituduh menipu ketika berjudi, pulang kerumah dan mendapatinya Hassan berada dengan isterinya yang terlantar pengsan. Hassan dihambur dengan kata nista yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang adik terhadap abangnya yang seperti Hassan.

Akhirnya Hassan ditangkap dan dipakaikan straight jacket (jacket berupa pasungan pakaian yang mengikat tangan dan anggota tubuh), dan di bawa pergi.

Beberapa tahun kemudian, Salleh dan Salmah bersama anak mereka datang melawat Hassan yang berada di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Salmah mulai menerima Hassan sebagai sebahagian dari keluarganya.

Remove ads

Pelakon

Penerbitan

Sayang Salmah merupakan filem cereka ketiga arahan Mahadi J Murat selepas Roda-Roda (1985) dan Wanita Bertudung Hitam (1992). Mahadi juga adalah penulis skrip dan lakonlayar, penerbit dan penyunting filem bagi filem ini.[5] Ia juga merupakan filem pertama lakonan pelakon kelahiran Singapura, Norish Karman yang merupakan pemenang New Face of the Year anjuran akhbar The New Paper.[6][7][8] Norish bersetuju untuk membintangi filem ini selepas lima kali berbincang dengan Mahadi,[9] dan menganggap filem itu banyak mengajarnya menjadi seorang yang lebih tabah, sabar dan berdisiplin.[10] Watak Salmah dalam filem ini juga dikatakan ditawarkan kepada Sofea Jane, namun atas beberapa sebab Mahadi dan Sofea memutuskan beliau memagang watak Hamidah sahaja, iaitu watak seorang penari kaberet yang dizalimi suami. Watak Salmah kekal diberikan kepada Norish.[11] Sidi Oraza pula dipilih memegang watak sebagai Hassan, seorang penghidap skizofrenia. Sidi mengakui, melakonkan watak pesakit skizofrenia memberi suatu dimansi baharu kepada kerjaya beliau sebagai pelakon. Dikatakan sebelum produksi dimulakan Sidi telah "masuk wad" pesakit skizofrenia di HKL untuk "merasai dan mengalami sendiri" denyut nadi dunia manusia pesakit tersebut di bawah bimbingan pakar perunding psiakitri di hospital tersebut. [12]

Jalil Hamid pada mulanya disebut membawa watak ini dan beliau dikatakan telah bersetuju dengan idea penerbitan filem tersebut, kerana dikatakan pernah bekerja bersama Mahadi dalam beberapa filem televisyen arahan Mahadi yang perwatakannya sebesar Hassan dalam Sayang Salmah. Namun hasil perbincangan panjang di antara Perkasa Filem dan Grand Brilliance dan beberapa perunding lain keputusan membariskan pelakon-pelakon seperti yang ada telah dibuat[13] Penggambaran dijalankan pada September 1994 di sekitar kawasan Bakri, Muar, Johor dengan dibantu oleh ahli-ahli UMNO kawasan Bakri, Muar dan penduduk-penduduk di Taman Kenangan Tun Dr. Ismail, di Sempang Jeram dan daerah Muar Johor.[14] Hampir semua pelakon utama filem ini telah 'dikurung' selama hampir dua bulan untuk memastikan mereka sentiasa berada pada dalam dunia era tersebut disamping untuk melancarkan perjalanan penggambaran.[15]Filem ini diterbitkan oleh Perkasa Filem dan Grand Brilliance serta dengan bantuan Skim Bantuan Produksi Finas.

Remove ads

Keluaran dan sambutan

Sayang Salmah mula diedarkan (release) pada 31 Ogos 1995 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-38.[16][17] Ia telah disifatkan oleh ramai pengkritik filem sebagai "filem Melayu terbaik pernah diterbitkan setakat ini".[18]

Hartati Hassan Basri dari Harian Metro menyatakan kepujiannya terhadap filem ini dan menulis bahawa ia ialah sebuah "karya yang penuh dengan falsafah mengenai kehidupan masyarakat hari ini biarpun kisahnya digambarkan pada zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu".[19] Pengarah dan pengkritik filem, Amir Muhammad menyatakan kepujiannya terhadap filem ini dan menyifatkannya sebagai "filem 'wow'" sambil menulis: "begitu banyak penjagaan telah dicurahkan ke atasnya, dimanifestasikan khususnya oleh arahan seni, sinematografi dan komposisi gambaran yang sangat bermakna".[18]

Filem ini telah dipertontonkan buat pertama kali di British Council pada 28 Oktober 1995,[20] kemudian diikuti oleh majlis apresiasi filem ini yang diadakan pada 23 November 1995 di Dataran Karyawan, Hulu Kelang.[21] Pada April 1996, Sayang Salmah dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Singapura (SIFF) ke-9, dengan tiket untuk tayangannya habis dijual pada hari perasmiannya.[22][23] Ia juga dipilih sebagai filem pembukaan di Festival Filem Antarabangsa Brussels 1996. Festival lain yang disertai Sayang Salmah melalui Finas ialah: Singapore International Film Festival, Bangkok Film Festival, Asia Film Week Morocco, Asean Film Week Jogjakarta, Commenweath Film Festival, Nairobi Film Festival, Deauville-France Film Festival, Venezuela Film Festival, Asia-Pacific Film Festival, Brussels Film Festival dan pelbagai forum filem lain.

Remove ads

Pencapaian

Maklumat lanjut Majlis Anugerah, Kategori ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads