Filem Terbaik Festival Filem Malaysia
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Filem Terbaik Festival Filem MalaysiaM merupakan salah satu anugerah dalam Festival Filem Malaysia (FFM). Anugerah disediakan bagi menghargai pembuat filem dalam industri perfileman Malaysia. Kategori ini dikhaskan kepada filem yang telah tercalon untuk filem terbaik yang telah dipilih oleh juri-juri yang berpengalaman dalam bidang perfileman. Pada malam anugerah tersebut, anugerah ini diumumkan pada akhir acara. Anugerah ini penting bagi menentukan mutu filem yang bertanding dari segi penerbitan, pengarahan, lakonan, penulisan sesebuah filem tersebut. Filem yang boleh menghantar pencalonan ialah filem yang sudah/belum ditayangkan pada Mei hingga Jun tahun hadapannya dan tidak pernah bertanding dalam Festival Filem Malaysia.
Pada 1989 dan 1994, menjadi sedikit kontroversi apabila Filem Terbaik tidak dipertandingkan walaupun ada beberapa filem mendapat anugerah yang banyak dalam FFM yang dipertandingkan. Selain itu, anugerah ini turut mencetuskan kotroversi apabila ada filem yang kurang mendapat Anugerah Perdana menang Filem Terbaik.
Remove ads
Sejarah
Pada FFM 1 tiada anugerah Filem Terbaik. Sebaliknya para juri menganggap kategori Filem Heavy Drama Terbaik sebagai filem terbaik pada masa itu dan pemenangnya ialah filem Tiada Esok Bagimu. Selain itu, kategori Filem Terbaik tidak memberi pencalonan yang banyak kerana pada masa itu filem dipertandingkan kurang dari segi kuantiti. Pada FFM 2 anugerah ini dadakan dan tidak menganggap kategori Filem Heavy Drama Terbaik sebagai kategori utama pada acara ini dan memberi peluang semua jenis filem pelbagai genre bertanding untuk kategori tersebut. Filem Dia Ibuku araham Sarimah Ibrahim diangkat sebagai filem terbaik dengan mencipta sejarah sebagai filem paling banyak menggondol anugerah pada acara tersebut iaitu sebanyak 9 anugerah dimenangi. Rekod ini masih dipegang sehingga sekarang dan belum lagi dipecahkan oleh mana-mana filem setakat ini. Pada masa itu, pencalonan untuk Filem Terbaik masih kurang pada masa itu sehingga 1984. Untuk meningkatkan lagi pencalonan filem dan bagi mengatasi masalah kekurangan bajet, penganjuran acara ini dilakukan secara dwitahunan tetapi gagal menambah lagi pencalonan untuk kategori Filem Terbaik. Pada FFM 7, pencalonan untuk Filem Terbaik bertambah kepada tiga pencalonan. Filem bergenre seram/seram ngeri (Rahsia) memenangi Filem Terbaik pada acara kali ini. FFM 8 satu tindakan drastik telah dibuat pada acara kali ini apabila kategori Filem Terbaik tidak diberikan. Alasannya kerana filem yang bertanding pada waktu iti tidak layak memenangi anugerah Filem Terbaik pada waktu itu. Hal ini juga berlaku pada FFM 10 apabila filem yang memenangi banyak anugerah pada waktu itu (Bintang Malam) tidak dianggakt sebagai Filem Terbaik pada acara tersebut.
Pada FFM 11, pencalonan untuk Filem Terbaik bertambah kepada lima buah filem yang dicalonkan. Pemenangnya ialah filem kontroversi iaitu Perempuan, Isteri dan.... Pada FFM 12, FFM 13, dan FFM 14 penganjur masih mengurangkan pencalonan filem untuk kategori Filem Terbaik. Tetapi perkara itu berubah apabila tahun 2001 hingga kini apabila bilangan pencalonan untuk kategori Filem Terbaik bertambah dan menghadkan sebanyak sebanyak lima buah filem.
Remove ads
Pemenang dan calon
Dalam senarai di bawah, pemenang anugerah disusun di atas terlebih dahulu diikuti pencalonan lain mengikut tahun anugerah.
Rekod
- Bukit Kepong merupakan filem genre sejarah pertama memenangi kategori ini
- Ranjau Sepanjang Jalan merupakan filem adaptasi novel pertama memenangi kategori ini
- Rahsia menjadi filem genre seram ngeri pertama memenangi kategori ini
- Kala Malam Bulan Mengambang menjadi filem hitam putih pertama memenangi kategori ini
- Magika menjadi filem genre fantasi pertama memenangi kategori ini
- Hikayat Merong Mahawangsa menjadi filem genre mitos pertama memenangi kategori ini
- KRU Studios menjadi syarikat filem pertama memenangi kategori ini untuk dua kali berturut-turut
- Tayangan Unggul mencipta sejarah gemilang pada FFM 22 dengan 3 filem terbitannya tercalon untuk kategori ini dan memenangi satu daripadanya
Remove ads
Senarai Tidak Rasmi 1950 - 1978
Laman Trivia Artis Malaysia pernah menyenaraikan pemenang dan finalis tidak rasmi bagi data filem Malaya/Singapura dari era studio pada tahun 1950 hingga 1978, sebelum kewujudan Festival Filem Malaysia. Berikut adalah senarai pemenang dan calon yang dinilai melalui rangkuman maklumat akhbar, pengkritik dan pemerhati filem klasik Malaysia.
Pemenang dan calon
Berikut merupakan senarai pemenang dan pencalonan bagi kategori Filem Terbaik:
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads