Sabri Yunus
Pelawak, pelakon, pengacara dan pengarah Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Muhammad Sabri bin Yunus (lahir 8 September 1961) ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara, pengarah dan penulis Malaysia.[1][2][3] Beliau terkenal dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan telefilem Pok Ya Cong Codei.
Remove ads
Biografi
Beliau dilahirkan di Kampung Landak, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 1961. Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik. Beliau juga merupakan anak kepada ketua kampung (Tok Nghulu Yunus). Beliau berkahwin dengan Norraya Mohd. Yusof dan dikurniakan tiga cahaya mata. Namun, Norraya meninggal dunia pada 2007 kerana menghidap penyakit kanser. Sabri mula berlawak ketika di tingkatan dua di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, dan pernah muncul sebagai juara lawak antara kelas. Sewaktu di bangku sekolah beliau amat popular di kalangan rakan-rakan dan guru kerana perangainya yang suka berlawak itu. Beliau meminati lakonan Allahyarham S. Kadarisman yang mempunyai gaya tersendiri. Sebelum bergiat teater di Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabri terlebih dahulu mengasah bakat sebagai pengarah ketika di tingkatan enam lagi. Ketika itu sambutan ulang tahun sekolah dan beliau tanpa pengalaman mengarah telah mengambil skrip teater Mayat dari Dewan Sastera untuk dipentaskan. Menjadi Otai Lawak bagi program Raja Lawak Astro pada 2007.
Pada 14 Oktober 2023, Sabri Yunus berkahwin kali kedua dengan aktres Angeline Tan yang juga pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dalam satu majlis tertutup di Kangar, Perlis. [4]
Remove ads
Filemografi
Filem
Telefilem
Drama
Teater
Televisyen
Remove ads
Diskografi
Album studio
Sabri dan rakan pelawak Ahmad Busu pernah bergandingan pada tahun 1993 merakamkan album istimewa sempena perayaan Aidilfitri yang serentak dengan sambutan Tahun Baru Cina. Album yang diberi judul Jangan Mercun! Kongsi, Kongsi, Kongsilah" menampilkan 10 lagu baru dan duo ini popular dengan lagu Kisah Seorang Bujang.
Runut
- Kongsi, Kongsi, Kongsilah (2:40)
- Jangan Main Mercun (4:00)
- Dikir Raya (4:14)
- Kisah Seorang Bujang (4:30)
- Sketsa Malam Raya (2:00)
- Raya Sakan (4:25)
- Jom-jom Balik (1:50)
- Selamat Hari Raya (4:14)
- Halalkan (4:30)
- Anak Bulan (3:00)
Anugerah dan pencalonan
- Pelakon Lelaki Komedi TV Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 2005)
- Artis Komedi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular (1993 - 1996 dan 2000)
- Anugerah Khas Filem Semangat ASEAN - Duan Nago Bogho (AIFFA 2023)
- Tercalon Filem Terbaik - Duan Nago Bogho (AIFFA 2023)
- Tercalon Pengarah Terbaik - Duan Nago Bogho (AIFFA 2023)
- Tercalon Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (2024)
- Tercalon Pengarah Terbaik - Duan Nago Bogho Festival Filem Malaysia ke-33 (2024)
- Tercalon Lakon Layar Terbaik - Duan Nago Bogho Festival Filem Malaysia ke-33 (2024)
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads