Fauziah Nawi

Juruhebah, pengarah, pelakon, penyanyi dan penari wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Fauziah Nawi
Remove ads

Yang Hormat Datuk Hajah Fauziah Nawi (lahir 26 Jun 1953) merupakan seorang juruhebah radio, pelakon, penyanyi, pengarah dan penari Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim keempat (2006) dan keenam (2008).[2][3][4] Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[5]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kerjaya

Sebagai juruhebah, Fauziah pernah mengendalikan program radio seperti Radio 4 - Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, "Non Stop Music and Before We Say Goodnite", Radio 3 Ibu Kota - Fascinating Malaysia, dan Radio 1 - Manis-Manis Garam.

Fauziah pernah mengarah teater Dari Bintang Ke Bintang 1 & 2, Opera Ayu Cendana & Muzikal Tok Rimau 1, Salina, Angin Kering, Malam Gelap Bukit Damansara, Korporat, Si Bereng Bereng, Jiwa, Pulang dan Tali. Di samping itu, Fauziah pernah menjadi pengarah drama bersiri Baju Kak Long, Sahabat, Azlina, Sebening Kasih & Pantai Berbisik.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau berkahwin dengan Mohd Hanif Gedek pada 1975 hingga 1996 dan dikurniakan dua anak. Anak sulung beliau, Mohd Firdaus (Pitt Hanif) ialah seorang penulis skrip dan pengarah.[6]

Pendidikan

Beliau merupakan graduan Sarjana (Master) dan berjaya menamatkan pengajian pascasiswazahnya dalam jurusan Ijazah Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 23 September 2018.[7]

Beliau kini khabarnya sedang dalam perancangan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat kedoktoran falsafah atau PhD.[8]

Diskografi

  • Hitam Manis Berseri (1974)
  • Kasihku Kasihmu (1975)

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Penghargaan dan darjah kebesaran

Kehormatan Malaysia

Anugerah dan pencalonan

  • Pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik untuk filem Sayang Salmah dan drama Mendung Tidak Berarak Lagi
  • Pernah digelar Most Versatile Broadcaster RTM
Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads