Filemografi Rajinikanth

From Wikipedia, the free encyclopedia

Filemografi Rajinikanth
Remove ads

Rajinikanth ialah seorang pelakon lelaki India yang telah berlakon dalam lebih dari 150 filem, terutama pawagam Tamil.[1] Beliau memulakan kerjaya filemnya dengan melakonkan watak antagonis dan pembantu sebelum menjadi pelakon utama.[2] Selepas membintangi sejumlah filem yang berjaya secara komersial sepanjang 1980an dan 1990an, beliau tetap memegang status idola matinée dalam budaya popular Tamil Nadu.[3] Menulis untuk Slate, Grady Hendrix menyebutnya "bintang filem terbesar yang mungkin Anda belum pernah dengar."[4] Rajinikanth juga telah bekerja dalam industri filem lainnya seperti Bollywood, Telugu, Kannada, Malayalam, Bengali, dan Amerika Syarikat.[5]

Thumb
Rajinikanth di keluaran audio Enthiran (2010)

Beliau memulakan penampilan layar lebar pertamanya dengan filem drama Tamil 1975 K. Balachander Apoorva Raagangal, di mana beliau menjayakan peranan kecil sebagai seorang suami yang garang.[6][7] Beliau mendapat peranan besar pertamanya dalam filem drama Telugu arahan Balachander Anthuleni Katha (1976). Kemudian pada tahun tersebut, beliau memegang watak antagonis dalam Moondru Mudichu (1976)— juga rahan Balachander. Gaya dan tingkah lakunya dalam filem ini mendapat sambutan daripada penonton.[8] Pada tahun 1977, beliau berlakon dalam 15 filem, menjayakan peranan negatif dalam sebahagian besar diantaranya—yang termasuk Avargal, 16 Vayathinile, Aadu Puli Attam dan Gaayathri.[2][6] Beliau mendapat peranan yang lebih ringan dalam Kavikkuyil, filem Kannada Sahodarara Savaal,[9] dan filem Telugu Chilakamma Cheppindi, di mana beliau menjayakan peranan utama penuh untuk pertama kalinya dalam kerjayanya.[10] Peranannya sebagai kekasih yang cintanya bertepuk sebelah tangan dalam Bhuvana Oru Kelvikkuri (1977) arahan S. P. Muthuraman meraih sambutan kritis.[11] Filem 1978 Bairavi ialah filem Tamil pertama di mana beliau memegang watak sebagai pelakon utama.[2] Pada tahun tersebut, beliau meraih sambutan kritis untuk Mullum Malarum dan Aval Appadithan; Mullum Malarum melayakkan beliau memenangi Anugerah Khas Filem Negara Bahagian Tamil Nadu untuk Pelakon Lelaki Terbaik.[6] Beliau membuat penampilan filen Malayalam pertamanya dengan filem drama fantasi I. V. Sasi Allauddinum Albhutha Vilakkum (1979), sebuah adaptasi dari sebuah cerita Seribu Satu Malam.[12][13] Pada akhir dekad, beliau bekerja dalam rumpun bahasa India Selatan dan mendirikan kerjaya dalam pawagam Tamil.[6][14]

Rajinikanth melakonkan dua watak untuk pertama kalinya dalam kerjayanya dalam filem aksi thriler Billa (1980), yang merupakan sebuah pembikinan semula dari filem Bollywood Don (1978). Filem ini merupakan kejayaan komersial terbesarnya pada titik tersebut dan memberikannya imej wira aksi.[15][16] Thillu Mullu (1981) arahan Balachander, pembikinan semula Tamil dari filem Bollywood Gol Maal (1979), merupakan filem komedi jangka penuh pertama Rajinikanth.[17] Beliau memegang tiga watak dalam filem Tamil 1982 Moondru Mugam, yang melayakkan beliau menerima anugerah khas di Anugerah Filem Negara Bahagian Tamil Nadu. Pada tahun berikutnya, beliau berlakon dalam filem Bollywood pertamanya menerusi Andha Kanoon arahan Rama Rao Tatineni; salah satu filem Bollywood dengan keuntungan tertinggi pada 1983.[18] Nallavanuku Nallavan (1984) arahan Muthuraman melayakkan beliau memenangi Anugerah Filmfare untuk Pelakon Lelaki Tamil Terbaik pada tahun tersebut.[5] Pada tahun 1985, beliau memegang watak tokoh Hindu Sri Raghavendra Tirtha dalam filem ke-100nya Sri Raghavendrar,[19] sebuah kegagalan pecah panggung.[20] Pada separuh akhir 1980an, beliau membintangi beberapa filem dalam bahasa Tamil dan Hindi, termasuk Padikkadavan (1985), Mr. Bharath (1986), Bhagwaan Dada (1986), Velaikaran (1987), Guru Sishyan (1988) dan Dharmathin Thalaivan (1988).[21] Semasa tempoh ini, beliau membuat penampilan sulungnya di pawagam Amerika Syarikat menerusi watak pembantu dalam filem pengembaraan misteri Bloodstone (1988), sebuah kegagalan pecah panggung.[22]

Beliau terus berlakon dalam filem-filem berikutnya dalam Bollywood, sering menjayakan watak pembantu dalam filem seperti Hum, Khoon Ka Karz, dan Phool Bane Angaray (semuanya pada 1991). Filem Tamil Mani Ratnam Thalapathi (1991), berdasarkan pada epik India Mahabharata, yang mendapat sambutan.[22] Annamalai (1992) arahan Suresh Krissna, Mannan (1992) dan Uzhaippali (1993) arahan P. Vasu ialah antara kejayaan pecah panggung beliau dalam bahasa Tamil.[23] Beliau memulakan kerjayanya sebagai penulis latar untuk filem Valli (1993), yang meraih kegagalan komersial.[a][13] Baashha arahan Suresh Krissna, di mana beliau memegang watak bos jenayah, merupakan kejayaan komersial terbesar dalam kerjayanya dan menerima status "demigod" di Tamil Nadu.[23] Pada tahun berikutnya, beliau berlakon dalam Muthu arahan K. S. Ravikumar, yang menjadi filem Tamil pertama yang dialih suara ke bahasa Jepun.[b] Di Jepun, filem ini meraih keuntungan sejumlah AS$1.6 juta pada 1998 dan menjadi instrumental besar dalam pencipta pangkalan peminat di negara itu.[25] Padayappa (1999), kolaborasi keduanya dengn Ravikumar, menjadi filem Tamil dengan keuntungan tertinggi pada masa itu.[26] Pada tahun 2002, Rajinikanth menerbitkan, menulis dan membintangi filem thriler fantasi Baba,[27] yang meraih jangkaan pasaran yang sedikit dan menyebabkan kerugian besar bagi pengedarnya.[28] Setelah tiga tahun cuti, beliau kembali dengan filem seram komedi Chandramukhi (2005). Filem ini menjadj filem Tamil dengan keuntungan tertinggi pada masa itu,[26] dan ditayangkan di layar lebar selama 126 minggu di pawagam Chennai.[c] Rajinikanth dibayar sejumlah 260 juta untuk peranannya dalam Sivaji (2007) arahan S. Shankar, yang menjadikan beliau sebagai pelakon yang berpendapatan tinggi terbesar kedua di Asia selepas Jackie Chan.[30] Beliau memegang dua watak, sebagai ahli sains dan robot andro-humanoid, dalam filem cereka sains Enthiran (2010). Filem tersebut menjadi penerbitan paling termahal di India semasa keluarannya,[31] dan menjadi salah satu filem India dengan keuntungan tertinggi sepanjang zaman.[d][33] Beliau memegang tiga watak dalam filem animasi 2014 Kochadaiiyaan, filem pertama di India yang dibuat dengan teknologi tangkapan gerakan;[34] filem ini menjadi kegagalan komersial.[35] Rajinikanth memegang watak ketua jenayah dalam Tamil Malaysia dalam Kabali,[36] yang mempunyai pembukaan hujung minggu terbesar untuk sebuah filem India.[37][38]

Remove ads

Filem

Maklumat lanjut Filem, Tahun ...
Remove ads

Catatan

  1. Beliau juga menjadi penerbit.[24]
  2. Tajuk dalam bahasa Jepunnya ialah Mutu: Odoru Maharaja.[3]
  3. Filem ini memecahkan rekod 65 tahun yang dibuat oleh filem Tamil 1944 Haridas, yang ditayangkan selama 112 minggu di Broadway Theatre, Madras.[29]
  4. Filem ini meraih keuntungan sejumlah 2.89 juta (sekitar AS$43 juta) di seluruh dunia, melepasi Sivaji dengan yang meraih keuntungan sejumlah 1.55 bilion (sekitar AS$24 juta). Pada Jun 2016, filem ini masih menjadi filem Tamil dengan keuntungan tertinggi.[32]
  5. Nama lengkap karakter tersebut adalah Ranoji Rao Shivaji Rao Gaekwad Jadichmul Arjun Thange.[125]
Remove ads

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads