Finding Nemo
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Finding Nemo (Mencari Nemo) ialah suatu filem animasi Pixar Animation Studios dan Walt Disney Pictures yang meraih penghargaan Anugerah Akademi. Filem ini mula ditayangkan pada 30 Mei 2004 di Kanada dan Amerika Syarikat. Pelakon utamanya ialah Albert Brooks, Ellen DeGeneres, Alexander Gould dan Willem Dafoe. Pengarahnya ialah Andrew Stanton. Filem ini mendapat label G daripada Motion Picture Association of America.
Remove ads
Pelakon suara
- Albert Brooks sebagai Marlin, seekor inggu dan bapa Nemo yang terlampau melindungi.
- Ellen DeGeneres sebagai Dory, seekor debam ekor kuning dengan hilang ingatan jangka pendek.
- Alexander Gould sebagai Nemo, satu-satunya anak Marlin yang terselamat, teruja dengan kehidupan dan penerokaan lautan, namun telah tertangkap dan dibela sebagai peliharaan.
- Willem Dafoe sebagai Gill, seekor laying-layang berparut dalam akuarium di klinik gigi Philip Sherman dan ketua kepada Tank Gang.
- Brad Garrett sebagai Bloat, buntal di akuarium.
- Allison Janney sebagai Peach, bintang laut di akuarium.
- Stephen Root sebagai Bubbles, debam kuning di akuarium.
- Austin Pendleton sebagai Gurgle, ikan royal gramma di akuarium yang obsesif-kompulsif.
- Vicki Lewis sebagai Deb, gombing belang di akuarium.
- Lewis turut dikredit menyuarakan "Flo", nama yang Deb berikan pada pantulannya yang dia percaya adalah saudara kembar.
- Joe Ranft sebagai Jacques, udang pembersih di akuarium.
- Geoffrey Rush sebagai Nigel, seekor undan Australia yang kerap melawat klinik doktor gigi itu dan berteman dengan ikan-ikan akuarium.
- Andrew Stanton sebagai Crush, seekor penyu hijau.
- Elizabeth Perkins sebagai Coral, isteri Marlin dan ibu Nemo.
- Nicholas Bird sebagai Squirt, anak kepada Crush.
- Bob Peterson sebagai Mr. Ray, seekor pari lang bintik putih dan guru sekolah Nemo.
- Barry Humphries sebagai Bruce, seekor yu putih yang sedang menahan diri daripada memakan ikan, tetapi terpaksa melawan naluri semula jadinya tersebut; ia juga berteman dengan Anchor dan Chum.
- Eric Bana sebagai Anchor, seekor yu tukul yang berteman dengan Bruce dan Chum.
- Bruce Spence sebagai Chum, seekor yu mako yang berteman dengan Bruce dan Anchor.
- Bill Hunter sebagai Philip Sherman, seorang doktor gigi yang membela Nemo dan Tank Gang di akuarium.
- LuLu Ebeling sebagai Darla, anak saudara pengamuk Sherman.
- Jordy Ranft sebagai Tad, seekor anak bagang kecil dan teman sekolah Nemo.
- Erica Beck sebagai Pearl, seekor kurita flapjack dan teman sekolah Nemo.
- Erik Per Sullivan sebagai Sheldon, seekor kuda laut muda dan teman sekolah Nemo.
- John Ratzenberger sebagai kawanan ikan bebulan.
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads